:salam
Setahu saya adalah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan pakaian/makanan/tempat tinggal(rumah) kepada anak dan isterinya. Apakah hukum sisuami yang memaksa dan menyerahkan tanggungjawab untuk membayar sewa rumah dan membeli barang dapur/keperluan rumah kepada isterinya. Bukankah jika sekiranya isteri berkerja, wang gaji itu adalah miliknya. Tidak dinafikan kehidupan hari ini memerlukan isteri membantu suami dengan kos taraf hidup yang tinggi di ibukota. Tetapi Bolehkah sisuami mengatakan siisteri DERHAKA jika engkar menyerahkan wang gaji kepada suami? Bukankah tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal dan makanan menjadi tanggungjawab suami? Harap pihak tuan dapat perjelaskan dan kategori apa suami yg sebegini?
:confused: :bubble0
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2607 : SUAMI PAKSA ISTERI TANGGUNG KOS RUMAH-TANGGA
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudari pewaris di atas soalan yang dikemukakan itu .
Inilah masalah yang sentiasa menyerang rumah-tangga umat Islam , khasnya bagi pasangan yang tidak beramal dengan tuntutan Islam secara sebenar-benarnya .
Kami sedar , kos hidup yang makin memuncak daripada masa ke semasa . lebih-lebih lagi bagi mereka yang hidup di bandar-bandar besar menyebabkan si isteri terpaksa juga turun berkerja untuk membantu melancarkan lagi pengurusan rumah-tangganya . Walaupun begitu , tidak dinafikan juga ramai di kalangan isteri yang sibuk berkerja dengan alasan hendak membantu si suami akan tetapi sentiasa membebel dan merungut menunjukkan sikap sebenar mereka apabila si suami meminta pertolongan si isteri kerana si suami tidak berupaya menanggung kos perbelanjaan rumah-tangga .
‘Ala kulli hal ( walau bagaimana pun ) , nafkah kehidupan dan rumah-tangga adalah KEWAJIPAN si suami dan si suamilah sepatutnya mengeluarkan duit daripada poketnya sendiri untuk menyara kehidupannya sekeluarga .
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah Ta’ala selaku Tuhan yang memerintahkan kita agar berkahwin dan dalam masa yang sama Dia juga memerintahkan agar setiap kita , lebih-lebih lagi si suami itu agar menunaikan tanggung-jawabnya . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah an-Nisa’ , ayat 34 :
ÇáÑøöÌóÇáõ ÞóæøóÇãõæäó Úóáóì ÇáäøöÓóÇÁ ÈöãóÇ ÝóÖøóáó Çááøåõ ÈóÚúÖóåõãú Úóáóì ÈóÚúÖò æóÈöãóÇ ÃóäÝóÞõæÇú ãöäú ÃóãúæóÇáöåöãú ÝóÇáÕøóÇáöÍóÇÊõ ÞóÇäöÊóÇÊñ ÍóÇÝöÙóÇÊñ áøöáúÛóíúÈö ÈöãóÇ ÍóÝöÙó Çááøåõ æóÇááÇøóÊöí ÊóÎóÇÝõæäó äõÔõæÒóåõäøó ÝóÚöÙõæåõäøó æóÇåúÌõÑõæåõäøó Ýöí ÇáúãóÖóÇÌöÚö æóÇÖúÑöÈõæåõäøó ÝóÅöäú ÃóØóÚúäóßõãú ÝóáÇó ÊóÈúÛõæÇú Úóáóíúåöäøó ÓóÈöíáÇð Åöäøó Çááøåó ßóÇäó ÚóáöíøðÇ ßóÈöíÑðÇ
Huraian ringkas ayat : “ Suami memiliki hak memelihara, melindungi dan menangani urusan istri, karena sifat- sifat pemberian Allah yang memungkinkan mereka melakukan hal-hal yang ia lakukan itu, dan kerja keras yang ia lakukan untuk membiayai keluarga. Oleh karena itu, yang disebut sebagai istri yang salehah adalah istri yang taat kepada Allah dan suami, dan menjaga segala sesuatu yang tidak diketahui langsung oleh suami. Karena, memang, Allah telah memerintahkan dan menunjukkan istri untuk melakukan hal itu. Kepada istri yang menampakkan tanda- tanda ketidakpatuhan, berilah nasihat dengan perkataan yang menyentuh, jauhi ia di tempat tidur, kemudian beri hukuman berupa pukulan ringan yang tidak melukai, ketika ia tidak menampakkan perbaikan. Jika dengan salah satu cara itu ia sadar dan kembali mematuhi suami, maka suami tidak boleh menempuh cara lain yang lebih kejam dengan maksud menyakiti dan menganiaya istri. Allah sungguh lebih mampu -untuk melakukan itu- dan membalas suami, jika suami terus menyakiti dan menganiaya istri “ .
Si suami dibenarkan meminta wang daripada si isteri untuk menyerahkan wangnya demi menguruskan keperluan rumah-tangga dan boleh juga si suami memaksa ( ataupun lebih baik memujuk ) si isteri agar menyerahkan wang gajinya ( jika si isteri juga berkerja ) untuk tujuan mengurus rumah-tangga , akan tetapi DENGAN SYARAT si isteri itu redha .
Jika si isteri TIDAK REDHA maka HARAM BAGI SI SUAMI untuk meminta-minta wang daripada si isteri demi menguruskan kos rumah-tangga sedangkan itu sebenarnya adalah tanggung-jawab dan hak yang MESTI ditunaikan oleh si suami .
Suami yang seperti itu tidaklah dinamakan sebagai DAYUS kerana dayus itu ialah mengerjakan sesuatu yang boleh memalukan rumah-tangganya menurut agama , akan tetapi dia adalah LELAKI YANG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB !!! . :devil
Perkara seperti ini kerap berlaku , dan kerana itulah kami menyokong pihak berkuasa agama di dalam negara kita yang mewajibkan setiap mereka yang hendak melangsungkan perkahwinan agar menyertai Kursus Perkahwinan terlebih dahulu .
Sebagai mana hendak berkahwin memerlukan ilmu pengetahuan , maka begitulah juga dengan hendak mengharmonikan rumah-tangga setiap pasangan , bahkan ilmu berkenaan hal ini lebih wajib dititik-beratkan oleh setiap umat Islam .
Hubungilah sesiapa yang dihormati oleh si suami seperti itu agar dia “ sedar diri “ dan agar ketenangan rumah-tangga kembali menyelubungi pasangan yang bermasalah itu .
Kami berdoa agar Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan setiap pasangan umat Islam daripada konflik rumah-tangga yang mengerikan ini . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
10 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
10 / Jun / 2003 M
SELASA ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum