SJ – 2715 : KARAOKE UNTUK JAGA HATI KAWAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2715 : KARAOKE UNTUK JAGA HATI KAWAN

:salam

Sebenarnya soalan ni agak berat ana nak tanya.Di ofis ana ni ada buat satu pertandingan karaoke.Nama ana tiba2 tersenarai lak jadi peserta.Ana manolak sebenarnya utk menyertai tapi rakan2 seakan mendesak.Ana tak biasa berkaraoke ni.Jadi, ana nak mintak ler pandangan sikit apa hukumnya sebenarnya berkaraoke ni (sebab mesti ada bercampur laki pompuan non muhrim ni).Dlm kes ana ni kalo ana join sebab nak jaga hati kawan jer pas tu ana nyanyi jer ler ala kadar sbg peserta macamana?Salahkah ana ni buat cam tu? :confused:

Re: SJ – 2715 : KARAOKE UNTUK JAGA HATI KAWAN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2715 : KARAOKE UNTUK JAGA HATI KAWAN

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara sahidin TTDI yang mengajukan soalan di atas . Kami yakin masalah yang seperti ini bukan sahaja menimpa saudara , bahkan menimpa juga umat Islam , khasnya umat Islam yang berkerja di bawah majikan “ yang tak reti menghormati sensitiviti umat Islam “ .

Kami pun ada seorang kawan yang berkerja di sebuah bank . Di dalam sebuah parti anjuran majikannya , dia dimestikan menari dan menyanyi . Namun alhamdulillah , setelah kami ajar “ bagaimana cara untuk memprotes “ tindakan itu , dia terselamat . Alhamdulillah . Syukur .

Kami akan menjawab soalan saudara dengan menyorot kembali isi-isi soalan saudara .

1 – Saudara kata :

“ Ana menolak sebenarnya utk menyertai tapi rakan2 seakan mendesak “

Kami bertanya semula :

“ Mengapakah saudara menolak pada permulaannya permintaan kawan-kawan itu untuk saudara berkaraoke ? “ .

Sudah tentu kerana “ hati saudara rasa ia tidak kena dengan ajaran agama “ kan ? . :smirk:

Cuba pelajari masalah ini di :

PETUA KENALI DOSA & PAHALA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=4291

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

2 – Saudara kata :

“Jadi, ana nak mintak ler pandangan sikit apa hukumnya sebenarnya berkaraoke ni (sebab mesti ada bercampur laki pompuan non muhrim ni) “ .

Kami bertanya semula :

“ Adakah bercampurnya lelaki dengan perempuan di sesebuah karaoke itu sama seperti di masjid yang ada penghadangnya dan terjaga pula adabnya ? “ .

“ Adakah GRO di karaoke itu sama dengan muslimat yang sentiasa memakmurkan rumah-rumah Allah Ta’ala ? “ .

Tentu saudara kata : TIDAK !!!! . :non

Oleh itu jelaslah ianya adalah : HARAM kerana ia bukan sahaja membuang masa , malah membuang tenaga , membuang duit , membantu menguntungkan pusat maksiat ( sebab kalau karaoke bukan tempat maksiat dah tentu ia tempat ibadat . Tapi ndak kata karaoke tempat ibadat tentu tak ada siapa berani kata begitu ) . Bukan itu sahaja , bercampurnya lelaki dan perempuan di dalam tempat seperti karaoke itu merupakan pintu pertama ke arah berlakunya zina .

Sungguh hairan , bagaimanakah wujud KARAOKE di dalam sesebuah negara yang dicanangkan sebagai “ Negara Islam Sempurna “ oleh para pemimpin negara !!?? . :confused:

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

3 – Saudara kata :

Dlm kes ana ni kalo ana join sebab nak jaga hati kawan jer pas tu ana nyanyi jer ler ala kadar sbg peserta macamana?Salahkah ana ni buat cam tu?

Kami bertanya semula :

Kalau tak salah , mengapakah saudara pada permulaannya berasa berat untuk berkaraoke ? .

Pada mulanya saudara dah YAKIN bahawa karaoke itu sendiri mendatangkan dosa , dalilnya ialah pada diri saudara sendiri , apabila hati nurani saudara sendiri berasa “ tidak berapa sedap “ untuk melakukannya .

Kemudian , KEYAKINAN itu mula terhakis sedikit demi sedikit kerana ajakan kawan-kawan . Lalu bertukar menjadi RAGU-RAGU pula .

Sepatutnya daripada RAGU-RAGU menjadi YAKIN . Tapi saudara sudah “ terbalik “ pula jadinya . :spamafote

Saudara kena check dan muhasabah kembali iman dan amal saudara . ( Begitu juga dengan kita semua ) .

Saudara dan kita semua kena akui bahawa beginilah iman kita sebenarnya , ada naik dan turun .

Sepatutnya kalau hari ini iman kita naik , esok ia lebih baik , bukannya lebih menurun !!! .

Pelajarilah pula :

SJ – 2691 : CARA MENINGKATKAN IMAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15443

Seperkara lagi , Menjaga hati kawan ialah di dalam perkara-perkara yang tidak menyalahi ajaran Allah Ta’ala . Apabila menyalahi ajaran-Nya , maka pilihlah :

NAK JAGA HATI KAWAN KE , ATAU NAK JAGA “ HATI “ ALLAH TA’ALA ? .

NAK JAGA HATI KAWAN KE , ATAU NAK JAGA IMAN KITA ? .

KAWAN YANG NAK DIJAGA HATINYA , BOLEHKAH DIA MENYELAMATKAN KITA ESOK DI DALAM KUBUR DAN DI HARI AKHIRAT ? .

Marilah kita bersama-sama merenung ajaran teragung daripada Rasul Teragung s.a.w ini :


ÇÍúÝóÙö Çááøóåó íóÍúÝóÙúßó

Ertinya : “ Jagalah Allah ( dengan melaksanakan arahan-Nya dan menjauhi larangan-Nya ) , pasti Dia akan menjaga engkau ( daripada segala keburukan dunia dan siksaan akhirat ) “ ~ Hadis Hasan Sahih oleh al-Imam at-Tirmidizi rh ( No : 2516 , Kitab Sifat al-Qiyamah / Tuhfatul Ahwadzi : Jilid 7 , Halaman : 228 , Darul Fikr , Beirut ) .

Pendek sahaja hadis di atas , mudah pula dihafal walaupun bukan senang untuk diamalkan . Tapi cubalah sedaya upaya , sebab mencuba di dalam mentaati Allah akan menyebabkan kita mendapat pahala dan akan lebih dikasihi oleh Allah Ta’ala .

INGATLAH SELALU :

Jagalah Allah , nescaya kita semua selamat di dunia dan di akhirat ! . Amin Ya Rabbal ‘Alamin :doa

DAN INGATLAH INI JUGA :

“ Yang halal itu sudah jelas nyata dan yang haram itu pun sudah jelas nyata “ ~ maksud hadis Baginda Rasulullah s.a.w mengenai Halal – Haram – Syubhat di dalam Hadis 40 oleh al-Imam an-Nawawi rh .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Jumadi Awwal / 1424 H
11 / Julai / 2003 M

JUMAAT ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum