Ana ada sedikit kemusykkilan…
Begini… saya ada pernah mendengar seseorang kenalan saya yang mengatakan bahawa sewaktu kita mula-mula merdeka dahulu… ada seorang TUKANG TILIK DARI JEPUN yg katanya cukup terkenal dari hebat…. Nak dijadikan ceriter… dia telah meramal siapa yg akan menjadi PM Malaysia selepas Tunku Ab Rahman adalah berdasarkan R.A.H.M.A.N…. sebagai cth.. R adalah Rahman sendiri… A…Ab Razak….H, Hussein Onn… M ..Mahathir…. A… (insya-Allah) Abdullah Badawi…dan dulu, ada jugak yg kata Anwar Ibrahim…dan suatu ketika dulu jugak… ada org kata (puak ARQAM) Ash’ari…. Dan macam-macam lah…. Dan N nanti …mungkin Najib Tun Razak….
p/s : mungkin panel AHKAM sekalian dah tahu citer ni…
Masalahnya…. Semua tu kebetulan ke? Hukum kita mempercayainya?... dan harap dihuraikan dengan agak panjang lebar ttg masalah ni….
Wa
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ – 2718 : RAMALAN BERDASARKAN TEORI “ R.A.H.M.AN “
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang selalu menziarahi kami di hari-hari cuti sekolah .
Ramal-ramalan ini memang menarik kerana ianya sendiri adalah seperti mimpi dan angan-angan . Islam pula adalah agama yang mengutamakan kebenaran dan hakikat , bukannya agama yang berdiri di atas dasar tenungan si fulan dan ramalan si anu serta teori itu dan ini .
Sebelum kita boleh menerima teori daripada tukang tilik Jepun itu , marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri :
1 ~ Mengapakah teori ramalan itu hanya berdasarkan R.A.H.M.A.N ? , mengapakah tidak R.A.H.I.M dan sebagainya ? .
2 ~ Sekalipun tepat ramalan itu , maka ia adalah KEBETULAN , bukannya BETUL ( Benar ) .
3 ~ Sekalipun “ betul “ , maka adakah ini bermakna si Jepun itu mendapat wahyu ? . Sudah tentu tidak !! .
4 ~ Mengapakah teori itu hanya terhenti setakat R.A.H.M.A.N ? . Bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga ke Datuk Seri Najib Tun Razak ? . Apakah yang akan berlaku selepas zaman Najib ? , adakah Bush akan memerintah Malaysia seperti Iraq sekarang ataupun Malaysia akan dikuasai oleh B.A ( Barisan Alternatif ) ? .
5 ~ Apakah sudah tiada lagi ilmu-ilmu yang lebih patut diutamakan dan diambil berat oleh setiap muslim sehingga menggunakan masa lapang yang ada untuk membaca ramalan-ramalan dan dongeng-dongengan seperti itu ? .
Adakah Saudara VhoutenJr sudah berjaya memahamkan kesemua isi pelajaran yang diajar di sekolah ? .
6 ~ Akhirnya , marilah kita sama-sama memerhatikan AMARAN KERAS daripada Baginda Rasulullah s.a.w :
Úóäú ÈóÚúÖö ÃóÒúæóÇÌö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ãóäú ÃóÊóì ÚóÑøóÇÝðÇ ÝóÕóÏøóÞóåõ ÈöãóÇ íóÞõæáõ áóãú íõÞúÈóáú áóåõ ÕóáóÇÉñ ÃóÑúÈóÚöíäó íóæúãðÇ
Ertinya : Daripada sebahagian isteri-isteri Baginda Nabi s.a.w daripada Baginda s.a.w bersabda : “ Sesiapa yang mendatangi tukang tilik , lalu mempercayai apa yang diramalkannya , maka tidak akan diterima sembahyangnya selama 40 hari “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( 4 / 68 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 125 ) .
Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó æóÇáúÍóÓóäö Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ãóäú ÃóÊóì ßóÇåöäðÇ Ãóæú ÚóÑøóÇÝðÇ ÝóÕóÏøóÞóåõ ÈöãóÇ íóÞõæáõ ÝóÞóÏú ßóÝóÑó ÈöãóÇ ÃõäúÒöáó Úóáóì ãõÍóãøóÏò Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó
Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a dan Saidina al-Hasan r.a , daripada Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesiapa sahaja mendatangi dukun ataupun tukang tilik , lalu dia mempercayai apa yang diramalkannya , maka demi sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh ( 4 / 68 ) , al-Imam al-Hakim rh ( 1 / 8 ) dan al-Imam al-Baihaqi rh ( 7 / 321 ) .
Di dalam hadis lain berkenaan dengan arak dan pandangan Islam terhadapnya , ada dinyatakan bahawa si peminum arak tidak akan diterima amalannya selama 40 hari .
Di dalam hadis ini pula dinyatakan bahawa orang yang mendatangi tukang tilik ataupun dukun tidak akan diterima amalannya ( solat ) selama 40 hari .
Dari satu segi , kedua-dua jenis “ makhluk “ ini adalah SAMA kerana sama-sama ditolak amalannya selama 40 hari .
Akan tetapi YANG LEBIH BAHAYA ialah dosa mendatangi dan mempercayai ramalan si tukang tilik , kerana bukan sekadar sembahyangnya akan ditolak , bahkan aqidahnya juga boleh menjadi terpesong ( sesat dan syirik ) dan melayakkannya untuk menjadi seorang yang murtad . Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik !!! :non
Bukankan di dalam Surah al-Hujurat , ayat ke-6 ada menyatakan :
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ Åöä ÌóÇÁßõãú ÝóÇÓöÞñ ÈöäóÈóÃò ÝóÊóÈóíøóäõæÇ Ãóä ÊõÕöíÈõæÇ ÞóæúãðÇ ÈöÌóåóÇáóÉò ÝóÊõÕúÈöÍõæÇ Úóáóì ãóÇ ÝóÚóáúÊõãú äóÇÏöãöíäó
Ertinya : “ Wahai orang-orang yang telah beriman ! , apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa berita , maka hendaklah kamu selidiki , ( agar tidak ) kamu menzalimi sesuatu kaum disebabkan kejahilan kamu , lantas kamu akan menjadi orang-orang menyesal ( disebabkan perbuatan kamu itu ) “ .
Lihatlah ayat ini baik-baik !!! .
Jika seseorang yang fasiq ( yang masih lagi beragama Islam ) membawa berita pun kita wajib menyelidiki berita daripadanya , MAKA APATAH LAGI daripada seorang Jepun yang beragama Shinto !!?? .
Kalau ada sesiapa yang berani “ menempah “ api neraka jahannam …..maka silakanlah percaya ramalan-ramalan seperti itu !!! .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Jumadi Awwal / 1424 H
11 / Julai / 2003 M
JUMAAT ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum