SJ – 2719 : ADAKAH BUDDHA SEORANG NABI ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2719 : ADAKAH BUDDHA SEORANG NABI ?

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Siddartha Gautama Buddha…. Ada yg kata nabi… betul ke? Kalau tak… hukum kita kata macam tu, apa?

Wa

Re: SJ – 2719 : ADAKAH BUDDHA SEORANG NABI ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2719 : ADAKAH BUDDHA SEORANG NABI ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang mengajukan soalan di atas kepada kami . Soalan di atas adalah 100 % soalan berteraskan Ilmu “ Muqaranah al-Adyan “ ( Perbandingan Agama ) , ataupun dikenali juga sebagai “ Ilmu al-Milal Wan Nihal “ ( Pengetahuan Mengenai Agama-Agama dan Aliran-Aliran ) .

Agama Budha diasaskan oleh seorang putera Raja daripada India yang dikenali sebagai “ GAUTAMA SIDHARTA BUDHA “ ( 560 – 480 s.m ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

PANDANGAN PARA CENDEKIAWAN ISLAM MENGENAINYA :

1 – Ada pihak yang mengatakan beliau “ kemungkinan besar “ adalah seorang Nabi , disebabkan :

a – ayat 36 daripada Surah an-Nahl menyatakan :


æóáóÞóÏú ÈóÚóËúäóÇ Ýöí ßõáøö ÃõãøóÉò ÑøóÓõæáÇð Ãóäö ÇÚúÈõÏõæÇú Çááøåó æóÇÌúÊóäöÈõæÇú ÇáØøóÇÛõæÊó

Ertinya : “ Demi sesungguhnya Kami telah mengutus bagi SETIAP UMAT itu seorag utusan ( rasul ) yang menyeru : Sembahlah kamu semua akan Allah dan jauhilah apa-apa sahaja yang disembah selain-Nya ( thaghut ) … “ .

### “ SETIAP UMAT “ yang dinyatakan di atas sudah tentulah umat-umat yang wujud di zaman dahulu . Oleh itu India adalah di antara negara-negara awal dan tertua yang berada di atas muka bumi ini dan sudah tentulah di sana pernah juga dikirimkan seorang utusan Allah Ta’ala .

b – Pengajaran-pengajaran Budha yang menyeru kepada akhlak mulia dan bersopan-santun adalah MENYERUPAI ajaran-ajaran yang dibawa oleh Para Nabi a.s .

c – Sikap Budha yang mengasaskan agama Budha , yang merupakan satu revolusi kepada ajaran Hindu yang kuat mengamalkan KASTA adalah satu ajaran yang SESUAI dengan ajaran Islam semenjak zaman Nabi – Nabi a.s terdahulu yang tidak mengenal perbezaan manusia berdasarkan kasta .

e – Tidak mustahil Budha adalah seorang Nabi , ataupun murid kepada seorang Nabi . Namun disebabkan ajarannya sudah terlalu lama , maka akhirnya jadilah agama Budha itu sebagai mana yang dilihat hari ini sudah menyeleweng daripada ajaran Tauhid , sebagai mana yang berlaku kepada ajaran Kristian .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

2 – Pihak kedua pula MENOLAK teori yang mengatakan bahawa Budha “ kemungkinan besar “ @ pasti seorang Nabi , disebabkan :

a – Para Nabi a.s sudah tentu bercakap berkenaan dengan ajaran Tauhid dan ketuhanan , akan tetapi Budha tidak pernah mengajar tauhid dan melarang pula para pengikutnya membicarakan mengenai siapakah Tuhan .

b – Ajaran Budha LEBIH CENDERUNG kepada sebuah ajaran falsafah kerohanian berbanding sebagai sebuah agama .

c – Ajaran-Ajaran Budha sendiri LEBIH CENDERUNG kepada teori komunisme / atheis yang menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Wujud Dan Maha Mencipta , berbanding dengan kecenderungannya sebagai sebuah agama samawi ( yang berasal daripada Allah Ta’ala ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

PANDANGAN KAMI & KESIMPULAN :

1 ~ Untuk menetapkan seseorang itu sebagai Nabi , maka tidak dapat tidak mestilah berdasarkan dalil-dalil yang kukuh dan menyakinkan daripada al-Quranul Karim ataupun Sunnah yang sahih , ini disebabkan masalah ini merupakan salah-satu masalah Aqidah dan Ghaib . Dan sampai sekarang tidak ada satu dalil pun yang sahih lagi muktamad yang boleh menetapkan bahawa Budha itu adalah seorang Nabi .

Jika ada orang Islam yang mempercayai Budha adalah seorang Nabi , maka silalah minta dia unjukkan dalil yang sahih lagi muktamad yang menyokong kepercayaannya itu .

Kalau tidak , ini bermakna dia beriman kepada SESUATU YANG BELUM PASTI ataupun SESUATU YANG DIRAGUI .

Beriman kepada sesuatu yang diragui pula bukanlah keimanan yang diajar oleh Islam ! .

2 ~ Persamaan di antara satu-satu agama dengan agama selainnya adalah SATU PERKARA YANG BIASA dan ini berlaku di dalam kesemua agama . Oleh itu persamaan di antara ajaran-ajaran Budha dengan ajaran-ajaran Islam TIDAKLAH MEWAJIBKAN KITA UNTUK MEMPERCAYAI bahawa Budha asalnya adalah seorang Nabi ataupun seorang murid bagi seseorang Nabi yang pernah diutuskan di India .

3 ~ Pendapat segelintir cendekiawan Islam yang CENDERUNG untuk mengatakan bahawa Budha adalah seorang Nabi ataupun murid seorang Nabi adalah KEMUNGKINAN SEMATA-MATA dan ia bukanlah satu teori yang wajib diterima dan diimani .

Ingatilah pesanan al-Imam Ahlul Madinah : Imam Malik Bin Anas rh :

“ Setiap orang itu boleh diterima kata-katanya dan boleh ditolak melainkan penghuni maqam ini ( Baginda Rasulullah s.a.w ) “ .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ MUDZAKKIRAT FIL MILAL WAN NIHAL
{ Teks Pengajian Tahun 1 , Fak. Usuluddin , al-Azhar ~ 1995 }
Oleh : Al-'Allamah Syeikhuna Dr. Muhammad Syalabi Syitewi ha
Halaman : 138 – 149

2 – al-MAUSU’AH al-MUYASSARAH FIL ADYAN WAL MADZAHIB WAL AHZAB al-MU’ASIROH
Oleh : Para Cendekiawan Muslim Sedunia
Jilid : 2 , Halaman : 768 - 773
Terbitan : WAMY , Riyadh

3 – PERBANDINGAN AGAMA
Oleh : al-Fadhil K.H Agus Hakim
Halaman : 154 – 181
Terbitan : CV Diponegoro , Bandung
Harga : RM 8.80

4 – MENGUAK MISTERI AJARAN AGAMA-AGAMA BESAR
Oleh : Al-Fadhil Prof. H.M Ariffin M. Ed
Halaman : 94 - 117
Terbitan : PT Golden Terayon Press , Jakarta ( 1995 )

5 – Kaset Pengajian Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
12 / Jumadi Awwal / 1424 H
12 / Julai / 2003 M

SABTU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum