SJ – 2805 : ADAKAH BERMAIN GOLF TERMASUK PERJUDIAN ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2805 : ADAKAH BERMAIN GOLF TERMASUK PERJUDIAN ?

Assalamualaikum.

Saya adalah seorang golfer. Dalam golf game, kadang-kadang ada melibatkan apa yang dipanggil betting (judi). Satu amalan yang biasa dilakukan ialah setiap orang akan mengeluarkan contohnya RM50.00 yang mana duit yang terkumpul (RM200.00) akan diberikan sebagai hadiah kepada pemenang diakahir permainan. Adakah ini termasuk didalam takrif judi yang dilarang.

Satu lagi amalan ialah dengan mengira mengikut lubang. Contohnya sesiapa yang kalah akan membayar RM20.00 kepada yang menang untuk satu-satu lubang itu. Adakah ini juga dikira judi. Setiap yang menang bukanlah kerana nasib, tetapi bergantung kepada usaha dan shill sesaorang itu. Harap dapat penjelasan.

Re: SJ – 2805 : ADAKAH BERMAIN GOLF TERMASUK PERJUDIAN ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2805 : ADAKAH BERMAIN GOLF TERMASUK PERJUDIAN ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Azhar yang mengemukakan soalan di atas . Kami memohon ribuan kemaafan daripada saudara dan para pengunjung al-Ahkam Online kerana kelewatan kami menjawabnya .

Baiklah , marilah kita sama-sama melihat apakah masalah yang dikemukakan dan apakah pandangan Islam mengenai masalah tersebut .

Quote:
Saya adalah seorang golfer. Dalam golf game, kadang-kadang ada melibatkan apa yang dipanggil betting (judi). Satu amalan yang biasa dilakukan ialah setiap orang akan mengeluarkan contohnya RM50.00 yang mana duit yang terkumpul (RM200.00) akan diberikan sebagai hadiah kepada pemenang di akhir permainan. Adakah ini termasuk di dalam takrif judi yang dilarang.

JAWAPAN KAMI :

Ya ! , cara tersebut adalah HARAM kerana memiliki unsur-unsur perjudian yang dilarang oleh Islam . Ini disebabkan HADIAH kepada pemenang tersebut disediakan berdasarkan setiap duit / wang penyertaan yang dibayar oleh semua peserta , lalu dikumpul dan diberikan kepada pemenang di kalangan mereka .

Yang diHARUSkan ialah , jika ada di kalangan bukan peserta / bukan pemain yang mengeluarkan belanja membeli / menaja hadiah si pemenang .

Quote:
Adakah ini termasuk di dalam takrif judi yang dilarang.

JAWAPAN KAMI :

Sepatutnya soalan itu dikemukan dengan ayat : “ Adakah ini termasuk di dalam PENGERTIAN judi yang dilarang ? “ .

Ya , ia termasuk di dalam pengertian JUDI yang dilarang oleh Islam kerana memiliki unsur-unsur PERTARUHAN ( Betting ) ataupun kerana memiliki unsur-unsur setiap peserta dimestikan membayar duit penyertaan lalu dengan duit itulah dibeli hadiah untuk si pemenang .

Apa pun nama yang diberi kepada sesuatu BENDA yang memiliki unsur-unsur perjudian , pertaruhan dan penipuan maka itulah yang dilarang oleh Islam . Tidak kiralah nama apa pun yang diberikan , seperti PERTANDINGAN , SUKAN , PERJUDIAN , PERTARUHAN dan sebagainya .

Yang penting difahami ialah bentuk sesuatu permainan / pertandingan dan apakah yang terdapat di dalamnya , BUKANNYA apakah nama yang diberikan kepada permainan / pertandingan itu ! .

Samalah dengan minuman , tidak kiralah sama ada ia bernama ARAK , TODI , TUAK , WHISKY , CHAMPANGE , AIR PERAMAN BUAH-BUAHAN dan sebagainya , maka SELAGI IA boleh memabukkan , maka itulah minuman yang diharamkan dan ditegah oleh agama kita tanpa mengira apakah nama yang diberikan kepadanya dan tanpa mengira syarikat apakah yang mengeluarkannya .

Quote:
Satu lagi amalan ialah dengan mengira mengikut lubang. Contohnya sesiapa yang kalah akan membayar RM20.00 kepada yang menang untuk satu-satu lubang itu. Adakah ini juga dikira judi. Setiap yang menang bukanlah kerana nasib, tetapi bergantung kepada usaha dan skill sesaorang itu ? .

JAWAPAN KAMI :

Cara di atas juga adalah DILARANG kerana ia memiliki unsur-unsur PERTARUHAN yang diharamkan oleh Islam . Maka itulah dia PERJUDIAN yang diharamkan oleh islam .

Dan memanglah kemenangan itu didapati dengan USAHA ( skill + experience ) , akan tetapi itu BUKANLAH PENENTU sesuatu permainan / pertandingan itu dibenarkan ataupun tidak . Kalau disebabkan USAHA boleh mengharuskan semua permainan / pertandingan dan juga sebarang perbuatan , maka sudah tentu PERJUDIAN itu pun tidak sepatutnya diharamkan kerana perjudian juga memerlukan usaha .

Mencuri juga memerlukan kemahiran dan usaha , akan tetapi adakah disebabkan ada kemahiran dan usaha ini boleh dikatakan bahawa mencuri itu HARUS ? .

Berzina juga memerlukan usaha dan kemahiran ( kemahiran mencari tempat tersembunyi dan usaha merahsiakan hubungan itu ) . Tetapi adakah ini menyebabkan perzinaan itu boleh dianggap sebagai HARUS ? .

Oleh kerana itu wahai saudara kami , USAHA itu bukanlah syarat mengharuskan sesuatu PERTANDINGAN / SUKAN / PERTARUHAN . Kerana yang paling penting difahami ialah apakah unsur-unsur yang terdapat di dalam sesuatu permainan itu dan bagaimanakah pula ianya diadakan .

Silakan ke RUANGAN RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN di bawah ini untuk melihat lagi apakah bahan-bahan bacaan berguna untuk memahami masalah pertandingan dan perjudian ini .

Dan sebelum kami menutup jawapan kami , sukalah kami menyatakan bahawa “ BUKAN KESEMUA PERKARA YANG HARUS ITU PATUT DILAKUKAN “ .

Contohnya : Bermain “ scrabble “ ( sahibba ) adalah HARUS selagi tidak mencuaikan kewajipan agama , khasnya sembahyang . Akan tetapi kalau terlalu asyik bermainnya sampai alpa dan cuai akan kewajipan agama , rumah-tangga dan tanggung-jawab kepada ibu-bapa maka ia adalah HARAM .

Maka begitulah juga dengan bermain GOLF . Walaupun pada asasnya ia adalah HARUS , akan tetapi jika sampai kita cuai akan kewajipan kita kepada Allah Ta’ala , cuai akan keperluan dan hubungan rumah-tangga , cuai akan kewajipan berjemaah ( berorganisasi ) terhadap sesama umat Islam dan sebagainya , maka sudah tentu ia boleh membawa kepada HARAM .

Dan bukankah lebih baik kita berhibur dengan permainan / sukan yang LEBIH BERMANFAAT kepada umat Islam kerana Islam mahukan umatnya itu sentiasa kuat dan cergas ? .

Pilihlah permainan yang LEBIH BERMANFAAT dan LEBIH MEMBINA TENAGA berbanding dengan permainan yang LEBIH KEPADA SUKA-SUKA dan KURANG PULA MANFAATNYA kepada diri sendiri dan umat Islam .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ MU’JAM al-MUSTOLAHAT WAL ALFAZIL FIQHYIYAH
{ Jilid ke-3 , Halaman : 112 & 384 – 385 }
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Mahmud Abdul Rahman Abdul Mun’iem ha
- Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang , Universiti al-Azhar asy-Syarif , Kaherah
Terbitan : Darul Fadhilah , Kaherah

2 ~ HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha
{ Mufti Negara Qatar & Pengasas Fakulti Pengajian Syariah di Qatar }
Terjemahan : Almarhum Ustadz Muammal Hamidy rh
Halaman : 142 – 168 ( Fokuskan kepada Bab : Perjudian )
Terbitan : PT Bina Ilmu , Surabaya
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/index.html

3 ~ FATWA ORGANIZATION OF THE ISLAMIC CONFERENCE
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB9&Number=16168

4 ~ JAWAPAN al-FADHIL USTAZ NASARUDDIN at-TONTOWI
http://wind.prohosting.com/tantawi/soaljawab/jawap1.html

5 ~ Jawapan Lisan Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi
{ M.A - Pengajian Hadis Al-Azhar & Pendakwah-Imam-Khatib Kementrian Waqaf Mesir }


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Jumadi Tsani / 1424 H
10 / Ogos / 2003 M

AHAD ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum