Date: 11/17/2003 23:24:47 +0800
From: "ibnuyus"
To: pendekar
Subject: Persoalan Fekah
----------------------------------------------
Assalamu alaikum,
Saya baru saja mendaftar sbg ahli. Puas saya mencari kaedah utk mengemukakan pertanyaan maalah fekah.
Akhirnya saya menggunakan e-mail tuan pendekar sebagai salah seorang penal penjawab
Mungkin tuan boleh berikan kaedah tersebut
Namun saya ingin mengemukan satu persoalan.
Di masjid tempat saya telah dibina bangunan tambahan baru di bhg hadapan masjid asal utk dijadikan dewan pengajian.
Tapi sepanjang Ramadhan ni, kerana ramainya jemaah mslimin muslimat yg hadir, pihak jawatankuasa telah menjadikan
tempat tsb (yg baru saja siap tapi tidak sepenuhnya lagi ) untuk mendirikan solat fardhu dan tarawih, lelaki di hadapan iaitu di dalam bangunan baru tsb manakala wanita di dalam masjid asal.Bangunan baru itu bersambung bumbungnya dengan masjid asal.
Persoalannya adakah tempat tsb dikira sebagai masjid dan boleh berbuat iktikaf di situ atau bagaimana ?
Harap mendapat penjelasan drpd tuan.
abifarhana
[email]ibnuyusof@abcdefg.com[/email]
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ – 3138 : IKTIKAF DI RUANG TAMBAHAN MASJID
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara ibnuyus di atas soalan yang dikemukakan itu . Kami memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan kami membalas soalan saudara .
IKTIKAF [="#0000ff" size="3"] ( ÇáÅÚÊßÇÝ ) , ia sudahpun dijelaskan dengan begitu baik oleh Panelis Fiqh kami , al-Fadhil Ustaz Hj. Kamin di URL berikut :
SJ - 3047 : IKTIKAF - 10 AKHIR RAMADHAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=20265
Adapun mengenai apakah boleh beriktikaf di ruangan / sudut tambahan di dalam sesebuah masjid , maka permasalahan ini berkait – rapat dengan masalah : “ APAKAH DEFINASI ( TAKRIF ) MASJID ITU ? @ APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA MASJID DENGAN SURAU ? “ .
Untuk mengetahui dengan lanjut mengenai permasalahan ini dipersilakan saudara dan sidang pembaca budiman sekalian mengikuti jawapan al-Fadhil Ustaz thtl ( Ketua Panelis Fiqh al-Ahkam.Online ) dan juga jawapan daripada Pendekar di :
SJ-1381: PERBEZAAN ISTILAH SURAU DAN MASJID
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5910
SJ - 1808 : PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID ( LAGI )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7903
Oleh itu , secara ringkasnya kami menjawab soalan saudara ibnuyus seperti berikut :
1 ~ Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ada dinyatakan bahawa semua muka bumi ini adalah masjid KECUALI bilik air / tandas dan kawasan perkuburan . Hadis ini dianggap terlalu umum .
2 ~ Dan jika difahami pengertian MASJID secara umum di atas sudah tentu akan mendatangkan kesukaran kepada umat Islam sendiri walhal Islam itu diturunkan adalah untuk memudahkan urusan kehidupan kita di dunia ini ( juga di akhirat kelak ) .
3 ~ Oleh kerana tiada sebarang DALIL KHUSUS yang menyatakan apakah itu masjid dan adakah sesebuah tempat sembahyang itu sudah semestinya bergelar masjid , maka urusan mengkhususkannya hendaklah diputuskan oleh para ‘alim – ‘ulamak rh berdasarkan pengetahuan dan pertimbangan mereka terhadap hujah – hujah daripada al-Quranul Karim dan as-Sunnah yang sahih serta beberapa sumber hukum Islam selain kedua – duanya itu . Contohnya penggunaan ‘URUF ( Adat Kebiasaan ) di dalam memahami definasi masjid .
4 ~ Bertitik – tolak daripada situlah , maka kita dapati para ‘ulamak rh kita telah menyatakan bahawa masjid itu ialah :
( a ) – Satu tempat umum yang telah diwaqafkan dengan tujuan didirikan di dalamnya sembahyang berjemaah dan aktiviti – aktiviti dakwah Islam .
( b ) – Ia juga menjadi tempat untuk didirikan sembahyang berjemaah yang jauh lebih besar daripada solat fardhu 5 waktu , seperti Solat Jumaat , Solat Tarawih dan juga Solat Sunat Hari Raya .
( c ) – Sebahagian besar para ‘ulamak rh juga menyatakan bahawa masjid yang didirikan padanya Solat Jumaat bukanlah sekadar berstatus masjid semata –mata , malahan ia juga bergelar : [b] “MASJID JAMIK “ iaitu masjid yang menyatukan beberapa karyah di bawah naungannya untuk melaksanakan solat – solat berjemaah yang besar ( Solat Jumaat , Solat Tarawih dan juga Solat Hari Raya ) . [/b]
5 ~ Dan sebagai merujuk kepada masalah yang diajukan oleh saudara di atas , maka RUANGAN / SUDUT / BAHAGIAN TAMBAHAN tersebut tetap dianggap sebagai MASJID ( apatah lagi ia sendiri bersambung dengan bumbung asal bangunan masjid itu ) . Dan oleh kerana itu , maka TIADA SEBARANG HALANGAN UNTUK DIDIRIKAN DI DALAMNYA / PADANYA IBADAT IKTIKAF @ SAH IBADAT IKTIKAF YANG DIKERJAKAN DI SITU .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
5 / Syawal / 1424 H
29 / November / 2003 M
S A B T U ~ Bandaraya Kuala Lumpur
wa'alaikumussalam,
Alhamdulillah. Eid Sa'ed. Izinkan kamin (minta laluan dari Al-Fadhil Ustaz Pendekar) melampirkan sebuah fatwa yg rasa-rasanya relevant dengan soalan diatas mengenai hukum beriktikaf disalah sebuah bilik didalam masjid. Berikut adalah Fatwa no:6718 dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi :-
Soalan :
Jawapan :
ÃãÇ áæ ßÇä ÈäÇÁåÇ ÎÇÑÌ ÇáãÓÌÏ ÝáÇ íÕÍ ÇáÇÚÊßÇÝ ÝíåÇ ÍÊì áæ ßÇä áåÇ ÈÇÈ ÏÇÎá ÇáãÓÌÏ .
Jikalau binaan tersebut berada diluar masjid, maka iktikaf didalamnya tidak sah, walaupun jika terdapatnya pintu yang menghala kedalam masjid" - [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/411].
=========
Diharap fatwa diatas sedikit sebanyak dapat membantu sdr ibnuyus. Wallahu'alam. wassalam
خيرالأمين