SJ-01-0047 : percanggahan hadith and quran..........

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0047 : percanggahan hadith and quran..........

ana ada kemusyikilan,
apabila ada sebuah hadith rasul saw yg sahih,bertembung atau bercanggah dengan al-quran,adakah secara automatik hadis itu akan ditolak dengan al-quran..?ataupun hadith itu akn dterjemahkan selari dengan maksud al-quran..?kenapa pula boleh terjadinya percanggahan hadith nabi yg sahih dengan quran padahal ia bersumber dariNya belaka..?

contohnya hadith berkenaan janagan menampar manusia lain dimuka kerana allah mnciptakan atas imejnya....mana mungkin ini boleh terjadi kerna dalam quran telah,menyatakn bahawa allah tiada menyerupai sesuatu...
kenapa terjadi percanggahan sebegini..?

SJ-01-0047 : percanggahan hadith and quran..........

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anakanda alhakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebenarnya tidak ada sebarang percanggahan diantara hadith2 yang sahih dengan ayat2 al-Quran al-Karim. Terdapat pihak2 tertentu yang cuba membangkit2kan perkara tersebut agar umat Islam merasa ragu akan kesahihan hadith2 tersebut. Golongan2 ini seperti golongan orientalis, sekular, anti-hadith (GAH) atau al-Quran alone, Kritain, Islam Liberal, Syiah Rafidhah yang sengaja menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat agar masyarakat menolak beberapa hadith atau menolak hadith2 secara total. Mereka2 ini mempunyai agenda2nya yang tersendiri seperti :

a. GAH akan menimbulkan kekeliruan ini bagi menunjukkan bahawa hadith2 tidak boleh dijadikan sumber syariat Islam. Cukup dengan al-Quran semata2.
b. Pihak Orientalis dan sekular cuba menggambarkan pribadi2 yang tidak benar mengenai Nabi :saw lantas umat2 Islam akan menolak hadith sebagai sumber syariat.
c. Pihak Kristian yang anti-Islam akan cuba menjelaskan beberapa fakta2 yang dikatakan bercanggah al-Quran dan hadith dari kaca mata ilmu2 moden; contohnya ilmu perubatan, seperti hadith mengenai kencing unta. Begitu juga mereka cuba menimbulkan beberapa fakta2 yang mengelirukan seperti pada Allah menjadikan langit & bumi 2 hari dan ada surah yang 6 hari.
d. Golongan Syiah Rafidhah pula akan mengambil kesempatan menolak hadith2 yang diriwayat oleh Abu Hurairah ra. dsb.

Agenda2 diatas ini merupakan contoh cebisan2 yang tidak sampai 10% mengenai sebab2 mereka menimbulkan persoalan bahawa terdapatnya percanggahan2 diantara al-Quran dan al-hadith (ÇáÊäÇÞÖ ÇáÞÑÂä æ ÇáÍÏíË). Kesemuanya disebabkan oleh perasaan dengki yang ditiupkan oleh musuh Islam dan Jemaah Sunnah wal Jama'ah.

Pada dasarnya, hadith2 sahih yang datang dari Nabi :saw merupakan perintah2 yang datang dari Allah juga. Firman Allah swt:

æóãóÇ íóäúØöÞõ Úóäö Çáúåóæóì. Åöäú åõæó ÅöáøóÇ æóÍúíñ íõæÍóì.
"Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. "[surah al-Najm : 3-4]

Menurut Prof Dr Syarif Mahmoud al-Qadhaah, pensyarah Kuliyah Syariah Universiti Jordan :

æßáãÉ "åæ" åäÇ ÊÚæÏ Åáì "íäØÞ" æÇáãÚäì : áíÓ äØÞå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÅáÇ æÍíÇ ãä Çááå ÊÚÇáì¡ æåÐå ÇáÕíÛÉ ãä ÕíÛ ÇáÍÕÑ¡ Ýßá ãÇ íÞæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÑÃäÇ Ãæ ÍÏíËÇ Ýåæ ãä Çááå ÊÚÇáì¡ áßä ÇáÞÑÂä ÇáßÑíã ÃæÍí ÈÇááÝÙ æÇáãÚäì¡ æÇáÍÏíË ÃæÍí ÈÇáãÚäì ÝÞØ.
"Perkataan 'Huwa/Dia' merujuk kepada 'yanthiq/sebutan' dan maknanya : bukanlah sebutan/perkataan :saw melainkan yang diwahyukan dari Allah swt, dan 'sighah/perkataan' ini dari perkataan Allah, maka segala apa yang dikatakan oleh Nabi :saw samada al-Quran atau hadith maka ia datang dari Alalh swt, akan tetapi al-Quran al-Karim datang dengan LAFAZ dan MAKNA, manakala a-hadith pula diwahyukan didalam bentuk MAKNAnya sahaja" [al-Manhaaj al-Hadith fi 'uluum al-Hadith, ms : 13]

Maka dengan ini, kita berpegang bahawa tidak terdapat sebarang percanggahan diantara isi kandungan al-Quran dengan hadith Nabi :saw, kerana sumbernya sama, ialtu Allah swt.

--------------------
Hadith yang menyatakankan Allah swt mencipta Adam didalam bentuk imejnya dan larangan menampar muka seseorang merupakan hadith2 yang sahih yang perlu kita imani. Berikut adalah hadith2nya :-

Dari Abu Hurairah ra :-

: ÎóáóÞó Çááøóåõ ÂÏóãó Úóáóì ÕõæÑóÊöåö Øõæáõåõ ÓöÊøõæäó ÐöÑóÇÚðÇ
"Allah menjadikan Adam keatas imejNya dan panjangnya adalah 60 cubit......" [Hadith Riwayat al-Bukhari 6227 dan Muslim 2841].

Dari Abu Hurairah ra :-'

ÅöÐóÇ ÞóÇÊóáó ÃóÍóÏõßõãú ÃóÎóÇåõ ÝóáúíóÌúÊóäöÈú ÇáúæóÌúåó ÝóÅöäøó Çááøóåó ÎóáóÞó ÂÏóãó Úóáóì ÕõæÑóÊöåö
"Apabila seseorang berlawan dengan saudaranya, maka elakkan dari muka, kerana Allah menjadikan Adam keatas imejNya"

Ulama' sepakat menyatakan bahawa dhamir (pronouns) 'HU' merujuk kepada Allah swt. Persoalannya, apakah hadith2 ini bertentangan dengan firman Allah swt :-

áóíúÓó ßóãöËúáöåö ÔóíúÁñ
"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) "[Al-Syura : 11]

Sudah tentu bagi kita yang berpegang kepada pandangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah akan merasakan penggunaan surah/gambar atau imej yang dikembalikan kepada Allah dan imej yang dikembalikan kepada Nabi Adam didalam hadith diatas pasti tidak sama. Maka tidak timbul percanggahan disitu. Kerana yang sama adalah penggunaan istilahnya; Allah Maha Mendengar, manusia juga mendengar, tetapi cara mendengar manusia berlainan dengan Allah swt, dan yang pasti kita dilarang membayangkannya. Begitu juga dengan sifat IMEJ Allah, manusia yang bernama Adam juga mempunyai Imej,. akan tetapi kedua2nya tetap tidak sama. Malahan haram bagi kita menggambrakan imej Allah swt. Perhatikan kata2 Imam Malik :

ÇáßíÝ ãäå ÛíÑ ãÚÞæá , æÇáÇÓÊæÇÁ ãäå ÛíÑ ãÌåæá , æÇáÅíãÇä Èå æÇÌÈ æÇáÓÄÇá Úäå ÈÏÚÉ
"Persoalan BAGAIMANA bukanlah munasabah (not reasonable), Istiwaa' tidaklah diketahui, beriman dengannya adalah Wajib, Menyoalnya adalah bid'ah"

Pada dasarnya, hendaklah kita menerima perkataan ImejNya sepertimana yang Dia (Allah) nyatakan.

Mesejnya : Kita mengenal sifat2 dan Nama2 Allah sebagaimana Dia (Allah) memperkenalkan kepada kita (melalui al-Quran atau al-hadith). Dengan kata lain, kita tidak boleh memandai2 mencipta Nama2 atau istilah bagi Allah swt. Dalilnya : "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) "[Al-Syura : 11].

Mengakhir perbincangan ini, saya ingin memetik persoalan yang sama, yang telah dijawab oleh bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:-

ÇáÍÏíË ËÇÈÊ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ÞÇá : " ÅÐÇ ÖÑÈ ÃÍÏßã ÝáíÊÞ ÇáæÌå ÝÅä Çááå ÎáÞ ÂÏã Úáì ÕæÑÊå" æÝí áÝÙ ÂÎÑ : " Úáì ÕæÑÉ ÇáÑÍãä " æåÐÇ áÇ íÓÊáÒã ÇáÊÔÈíå æÇáÊãËíá .
æÇáãÚäì ÚäÏ Ãåá ÇáÚáã Ãä Çááå ÎáÞ ÂÏã ÓãíÚÇ ÈÕíÑÇ ¡ ãÊßáãÇ ÅÐÇ ÔÇÁ ¡ æåÐÇ æÕÝ Çááå ÝÅäå ÓãíÚ ÈÕíÑ ãÊßáã ÅÐÇ ÔÇÁ ¡ æáå æÌå Ìá æÚáÇ .
æáíÓ ÇáãÚäì ÇáÊÔÈíå æÇáÊãËíá ¡ Èá ÇáÕæÑÉ ÇáÊí ááå ÛíÑ ÇáÕæÑÉ ÇáÊí ááãÎáæÞ¡ æÅäãÇ ÇáãÚäì Ãäå ÓãíÚ ÈÕíÑ ãÊßáã ÅÐÇ ÔÇÁ æãÊì ÔÇÁ ¡ æåßÐÇ ÎáÞ Çááå ÂÏã ÓãíÚÇ ÈÕíÑÇ ÐÇ æÌå æÐÇ íÏ æÐÇ ÞÏã ¡ áßä áíÓ ÇáÓãÚ ßÇáÓãÚ æáíÓ ÇáÈÕÑ ßÇáÈÕÑ ¡ æáíÓ ÇáãÊßáã ßÇáãÊßáã ¡ Èá ááå ÕÝÇÊå Ìá æÚáÇ ÇáÊí ÊáíÞ ÈÌáÇáå æÚÙãÊå ¡ æááÚÈÏ ÕÝÇÊå ÇáÊí ÊáíÞ Èå ¡ ÕÝÇÊ íÚÊÑíåÇ ÇáÝäÇÁ æÇáäÞÕ ¡ æÕÝÇÊ Çááå ÓÈÍÇäå ßÇãáÉ áÇ íÚÊÑíåÇ äÞÕ æáÇ ÒæÇá æáÇ ÝäÇÁ ¡ æáåÐÇ ÞÇá ÚÒ æÌá : ( áóíúÓó ßóãöËúáöåö ÔóíúÁñ æóåõæó ÇáÓøóãöíÚõ ÇáúÈóÕöíÑõ ) ÇáÔæÑì / 11 ¡ æÞÇá ÓÈÍÇäå : ( æóáóãú íóßõäú áóåõ ßõÝõæÇð ÃóÍóÏñ ) ÇáÅÎáÇÕ / 4

"Hadith ini sahih dari Nabi :saw, dimana beliau berkata 'Apabila seseorang berlawan dengan saudaranya, maka elakkan dari muka, kerana Allah menjadikan Adam keatas imejNya'. Menurut versi yang lain: "KeAtas Imej al-Rahman". Ini bukan bermakna meniru atau merupai (Tasybih dan Tamthil). Maksudnya menurut ulama' adalah, Allah mencipta Adam dengan keupayaan mendengar dan melihat, dan bercakap apa yang kehendaki. Ini juga merupakan sifat Allah, dimana dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan dia Maha Berkata2 apabila dia kehendaki, dan dia mempunyai wajah/imej.

Tetapi ini tidak bermakna bahawa adanya persamaan atau merupainya. Malah Imej/wajah Allah berbeza dengan ciptaannya. Maknanya dia Maha Mendengar, Maha Melihat, dan berkata2 bila dia kehendaki, dan dia mencipta Adam yang boleh mendengar dan melihat, dengan wajah/imej, tangan dan kaki. Akan tetapi pendengar manusia bukan sebagaimana Allah, Melihatnya bukan sebagaimana Allah Melihat, Cakapnya bukanlah sebagaimana Allah berkata2. Malah Allah mempunyai sifat yang mengambarkankan kesempurnaannya, dan manusia mempunyai sifat yang sesuai dengannya, mengambarkan tidak sempurnanya manusia, dimana Sifat Allah sempurna, tidak ada kecacatan, tidak berhujung dan tidak berakhir.

"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) "[Al-Syura : 11]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" [al-Ikhlas : 4]" [Majmu' fataawa Ibn Baaz, 1/316]
-------------

Kesimpulannya, tidak ada percanggahan diantara al-hadith dan al-Quran, kerana sumbernya adalah dari Allah swt jua. Sifat Allah maklum, dan begitu dengan sifat manusia. Akan tetapi bertanyakan bagaimana sifat Allah adalah perkara yang dilarang. Tauhid ini yang dikenali sebagai Tauhid Asma wa Sifat; Kita kenal sifat Allah sebagaimana Allah memperkenalkan kepada kita (melalui al-Quran dan ad-hadith).

-----------------
Rujukan :

1. Prof Dr Syarif Mahmoud al-Qadhaah. al-Manhaaj al-Hadith fi 'uluum al-Hadith. Kuala Lumpur : Muasasah al-Bayan, 2003.

2. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fataawa Samaahah al-Syiekh susunan : Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar [dan] Syiekh Ahmad bin Baaz. Riyad : Dar al-Watan, 1996.

خيرالأمين