SJ-01-0121 : Ihsan??!!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0121 : Ihsan??!!!

:salam

Moga dirahmati Allah,

1) Apakah yg dimaksudkan dengan ihsan???...

2) Pohon penjelasan antara 2 konsep dalam ihsan ini...
(a) - ihsan dalam ibadah (ka anna ka tarahu & fa innahu yaraka)
(b) - ihsan dalam pekerjaan (fa ahsinu zibha)

3) Ada ihsan (a) ke arah tasawwuf??

4) Ada banyak lagikah konsep ihsan selain (a) & (b)??

Terima kasih atas penjelasan dan perhatian sahabat ahli panel...

:wassalam

SJ-01-0121 : Ihsan??!!!

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Soalan 1 – Kami baru sahaja menjawab soalan apakah itu IHSAN? Sila lihat link dibawah ini :-

SJ-01-0119 : ihsan
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35998

Soalan 2 – Ihsan didalam ibadat adalah satu keadaan dimana seseorang itu beribadat seolah-olah dia melihat Allah swt. Ibadat seseorang itu penuh dengan khusyuk dan dirinya berada didalam ketakutan seolah-olah berhadapan dengan Allah swt.

Ihsan juga bermaksud – perfection atau precision (ketepatan). Ketepatan sesuatu ibadat atau amalan bermakna Allah swt akan pasti menerima amalan seseorang itu. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi amalan tersebut hendaklah diukur dengan 2 faktor :-

a. di lakukan dengan IKHLAS
b. Amalan atau Ibadat tersebut hendaklah bertepatan dengan sunnah Nabi :saw (bukan bid’ah).

Ihsan juga menggambarkan seseorang yang sentiasa memperbaiki amalan ibadatnya. Dari segi pekerjaan pula, seseorang itu sentiasa memperbaiki kualiti perkerjaannya (Quality output). Firman Allah swt :-

ÇáøóÐöí ÎóáóÞó ÇáúãóæúÊó æóÇáúÍóíóÇÉó áöíóÈúáõæóßõãú Ãóíøõßõãú ÃóÍúÓóäõ ÚóãóáðÇ
dir="ltr"> “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [surah al-Mulk : 2].

Ayat diatas ini menjelaskan bahawa syarat ibadat yang Allah lihat adalah pada “baiknya amalan” dan bukannya “banyaknya amalan”. Kalau didalam ibadat, baik sesuatu amalan itu ialah dari segi kualiti ibadat; maksudnya beramal mengikuit sunnah Nabi :saw. Selepas itu barulah dilihat pada kuantiti yang dilakukan.

Amalan-amalan yang menepati syarat diatas apabila dilakukan dengan penuh khusyuk, mudah-mudahan akan merasai keadaan beribadat seolah-olah kita melihat Allah swt semasa melakukannya.

Soalan 3 – Ini cuma persoalan istilah. Kalau mempelajari ilmu Aqidah itu dikategorikan sebagai ilmu TAUHID, dan mempelajari hukum hakam solat dinamakan FIQH, maka ilmu-ilmu akhlak, budi pekerti, adab, khusyuk, khauf, ihsan bolehlah di namakan ilmu TASAUF. Akan tetapi tidaklah ia dikategorikan kepada fahaman-fahaman yang melampau seperti wahdatul wujud dan sebagainya.

Soalan 4 – Ihsan hendaklah dilihat dari perspektif yang menyeluruh, iaitu keseluruhan kehidupan seorang Islam itu. Drs Sidi Gazalba penuh menyatakan bahawa perjalanan seorang Islam itu kalau boleh dinamakan peringkatnya, boleh dikategorikan kepada 5, iaitu : Muslim (orang yang Islam), Mukmin (orang yang beriman), Muhsin (orang yang Ihsan), Muhklis (Orang yang ikhlas) dan Muttaqin (orang yang bertaqwa). Kategori ini Cuma melambangkan hal atau keadaan seseorang sahaja dan tidak merujuk kepada maqam atau derajat masing-masing.

Sekian, wassalam

خيرالأمين