SJ-01-0136 : Betis Allah Menurut Quran dan Hadis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0136 : Betis Allah Menurut Quran dan Hadis

:salam

Boleh jelaskan mengenai perkataan 'Betis"yang terdapat dalam al-quran atau hadis(tak pasti yang mana satu)berdasarkan pemahaman yang ditunjuki nabi saw,para sahabat ra,tabiin,atba at-tabiin serta ulama yang mengikuti jalan ini serta ikhlas dalam perjuangan mereka

SJ-01-0136 : Betis Allah Menurut Quran dan Hadis

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Perkataan 'betis' disebut dalam Quran, iaitu:

íæۡãó íõßۡÔóÝõ Úóä ÓóÇÞò۬ æóíõÏۡÚóæۡäó Åöáóì ٱáÓøõÌõæÏö ÝóáóÇ íóÓۡÊóØöíÚõæäó

Maksudnya: (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya. (Al-Qalam: 42)

Dinukilkan daripada salaf termasuk Turjuman al-Quran iaitu Ibn Abbas, bahawa yang dimaksudkan dengan 'betis' dalam ayat ialah 'kedasyatan dan kepayahan'. (Tafsir Ibn Katsir 8/199).

Tafsiran ini menepati ilmu sastera Arab, kerana terdapat syair-syair Arab Jahiliyyah yang menyebut perkataan betis dengan maksud kedasyatan.

Dikuatkan lagi dengan lafaz Úä ÓÇÞ dalam ayat yang yang tidak disandarkan kepada Allah. Maka ayat al-Quran ini tidak menyebut 'betis Allah' secara jelas.

Tetapi, dalam hadis sahih terdapat sebutan 'betis' dengan disandarkan kepada Allah, yakni: Betis Allah. Iaitu:

íßÔÝ ÑÈäÇ Úä ÓÇÞå ÝíÓÌÏ áå ßá ãÄãä æãÄãäÉ æíÈÞì ßá ãä ßÇä íÓÌÏ Ýí ÇáÏäíÇ ÑíÇÁ æÓãÚÉ

Maksudnya: Pada hari Tuhan kami mendedahkan betisNya, maka bersujud kepadaNya setiap mukmin dan mukminah. Dan tinggal lah setiap orang yang sujud di dunia kerana riyak dan sum'ah.
Direkod oleh Bukhari (no: 4635).

Maka, hadis ini mengisbatkan sifat betis kepada Allah, dan mestilah difahami mengikut prinsip salaf dalam memahami nas-nas sifat Allah. Dan sesetengah ulama mengatakan hadis ini adalah tafsiran kepada ayat di atas.

Wallahu A'lam.