SJ-01-0137 : Abdul Mutallib Islam?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0137 : Abdul Mutallib Islam?

Assalamuálaikum panel al-ahkam,
Saya ada membaca karangan Dr. Shawqi Abu Khalil, Atlas As Sirah An Nabawiyyah.
Dengan merujuk (At Tabari, 2/277), beliau menukilkan bahawa Abdul Mutallib pada penghujung hayatnya tidak mahu menyembah berhala, dan hanya percaya kepada Allah sahaja.
Adakah pendapat ini kuat? Bagaimana sikap ulama'islam terhadap ibu,ayah, dan nenda nabi Muhammad s.a.w?

Terima Kasih.

SJ-01-0137 : Abdul Mutallib Islam?

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada menyebut kisah di akhir hayat Abu Talib ketika Nabi SAW berulang kali mengajak beliau mengucap syahadah tetapi dibantah oleh Abu Jahal yang menyebut:

íóÇ ÃóÈóÇ ØóÇáöÈò ÃóÊóÑúÛóÈõ Úóäú ãöáøóÉö ÚóÈúÏö ÇáúãõØøóáöÈö

"Wahai Abu Talib adakah kamu akan meninggalkan agama Abdul Mutalib?!"

Dan akhirnya Abu Talib mengaku dia masih di dalam agama Abdul Mutalib dan enggan untuk mengucap syahadah. Setelah itu Baginda SAW berazam untuk beristighfar ke atas Abu Talib tetapi Allah Taala menurunkan wahyu melarang dari beristighfar ke atas orang Musyrikin.

Jika agama Abdul Mutalib merupakan agama yang benar, sudah tentu Nabi SAW mengesahkannya dan tidak mengajak Abu Talib supaya mengucap syahadah. Keazaman Nabi SAW untuk beristighfar ke atas Abu Talib dan juga larangan Allah Taala dari beristighfar ke atas orang Musyrikin menunjukkan agama Abdul Mutalib merupakan agama yang salah.

Begitu juga ibu dan bapa Baginda SAW, sebahagian ulama berpendapat mereka berdua tidak beriman dengan bersandarkan hadith-hadith sahih dan sebahagian ulama lagi mengatakan mereka berdua beriman dengan bersandarkan hadith yang sangat dhaif.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Tafsir Ibn Kathir: 4/221-223