SJ-02-0032 : Ikhwanul Muslimin: Salafi atau Sufi?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0032 : Ikhwanul Muslimin: Salafi atau Sufi?

adakah ikhwanul muslimin bersependapat dengan golongan salafi?setahu saya hasan albanna rahimahumullah adalah golongan sufi. dan menganuti tarikat nesayabandiyyah.. harap dapat mnylesaikan ,kekusutan mata hati ini..

SJ-02-0032 : Ikhwanul Muslimin: Salafi atau Sufi?

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut kami paparkan jawab Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Besar Arab Saudi :-

ÇáæÇÌÈ Úáì ßá ÅäÓÇä Ãä íáÊÒã ÈÇáÍÞ ¡ ÞÇá Çááå ÚÒ æÌá ¡ æÞÇá ÑÓæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ¡ æÃáÇ íáÊÒã ÈãäåÌ Ãí ÌãÇÚÉ áÇ ÅÎæÇä ãÓáãíä æáÇ ÃäÕÇÑ ÓäÉ æáÇ ÛíÑåã ¡ æáßä íáÊÒã ÈÇáÍÞ ¡ æÅÐÇ ÇäÊÓÈ Åáì ÃäÕÇÑ ÇáÓäÉ æÓÇÚÏåã Ýí ÇáÍÞ ¡ Ãæ Åáì ÇáÅÎæÇä ÇáãÓáãÓä ææÇÝÞåã Úáì ÇáÍÞ ãä Ïæä Ûáæ æáÇ ÊÝÑíØ ÝáÇ ÈÃÓ ¡ ÃãÇ Ãä íáÒã Þæáåã æáÇ íÍíÏ Úäå ÝåÐÇ áÇ íÌæÒ ¡ æÚáíå Ãä íÏæÑ ãÚ ÇáÍÞ ÍíË ÏÇÑ ¡ Åä ßÇä ÇáÍÞ ãÚ ÇáÅÎæÇä ÇáãÓáãíä ÃÎÐ Èå ¡ æÅä ßÇä ãÚ ÃäÕÇÑ ÇáÓäÉ ÃÎÐ Èå ¡ æÅä ßÇä ãÚ ÛíÑåã ÃÎÐ Èå ¡ íÏæÑ ãÚ ÇáÍÞ ¡ íÚíä ÇáÌãÇÚÇÊ ÇáÃÎÑì Ýí ÇáÍÞ ¡ æáßä áÇ íáÊÒã ÈãÐåÈ ãÚíä áÇ íÍíÏ Úäå æáæ ßÇä ÈÇØáÇð æáæ ßÇä ÛáØÇð ÝåÐÇ ãäßÑ ¡ æåÐÇ áÇ íÌæÒ ¡ æáßä ãÚ ÇáÌãÇÚÉ Ýí ßá ÍÞ ¡ æáíÓ ãÚåã ÝíãÇ ÃÎØÃæÇ Ýíå .
dir="ltr">Lebih kurang maksudnya “Adalah wajib bagi setiap orang berpegang kepada kebenaran (yang hak), sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah swt dan Rasulnya, bukannya berpegang kepada methodology atau manhaj mana-mana kumpulan, samada Ikhwan al-Muslimin atau Ansar al-Sunnah atau mana-mana kumpulan. Dia hendaklah mematuhi yang hak. Jika dia menyertai Ansar al-Sunnah dan membantu mereka, dimana ia sejajar dengan kebenaran, atau dia menyertai Ikhwan al-Muslimin dan bersetuju dengan mereka atas perkara-perkara kebenaran, tanpa menjadi extreme (ghulu) atau lalai (tafrid),maka perbuatan tersebut tidaklah mengapa. Akan tetapi jika dia berpegang kepada sesuatu kepercayaan atau tidak berganjak darinya, maka ini yang tidak dibenarkan. Dia hendaklah mengikuti yang hak tidak kira kemana sahaja dia tuju. Jika kebenaran itu ada pada Ikhwan al-Muslimin, maka hendaklah dia ikut, dan jika kenaran ada pada Ansar al-Sunnah, hendaklah dia ikut, dan begitu jugalah dengan kumpulan-kumpulan yang lain.. Dia hendaklah mengikuti kebenaran, dan membantu kumpulan-kumpulan yang lain didalam persoalan kebenaran, akan tetapi dia janganlah berpegang kepada sesuatu jalan pemikiran, dan tidak meninggalkannya walaupun ianya palsu atau silap. Ini merupakan satu kesalahan, dan tidak dibenarkan, Dia hendaklah bersama kumpulan tersebut pada setiap perkara yang benar, dan tidak bersama mereka didalam perkara yang salah.” [Majmu’ Fataawa wa Maqaalat Syeikh Ibn Baaz, ms 237].

Sekian, wassalam

خيرالأمين