assalamualaikum panelis al-ahkam yang dikasihi...
saya ada satu kemushkilan,
nak hilangkan najis kita kena hilangkan warna, bau, dan rasa sesuatu najis tu kan? kalau warna n bau tu mungkin senang kita nak buang. tapi kalau rasa tu camna pulak? camna kita nak tau rasa najis tu dah x de lagi kat situ...?
pasal nak hilangkan bau najis tu, bolehkan kalau kita guna febreeze yang diiklankan kat tv tu? atau mesti basuh sampai hilang? kalau guna wangian lain camna pulak?
wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Menyucikan najis mempunyai pelbagai cara menurut jenis najis tersebut. Contohnya, apabila pakaian terkena najis tahi kucing misalnya, Air digunakan (berserta sabun) dapat menghilangkan warna, rasa dan bau. Menurut pandangan rajih Mazhab Hanafi, selain air, najis boleh dihilangkan dengan air mawar, cuka dan air buah- buahan.
Dengan hilangnya ZAT tahi kuching menunjukkan tiada lagi RASA. Sudah tentu sebagai tambahan semburan Ferbreeze dapat menghilangkan bau dan mendatang bau yang mengharumkan. Dr Yusuf al-Qaradhawi memetik pandangan Syiekh Ibn Taimiyyah rh (Majmu' al-Fatawa 12/474-475) sebagai pandangan yang rajih, katanya :-
Ãä ÇáäÌÇÓÉ ãÊì ÒÇáÊ ÈÃì æÌå ßÇä ÒÇá ÍßãåÇ¡ ÝÅä ÇáÍßã ÅÐÇ ËÈÊ ÈÇáÚáÉ ÒÇá ÈÒæÇáåÇ
"Sesungguhnya najis apabila telah hilang dengan apa cara sekali maka hilanglah hukumnya, maka jika sesuatu hukum apabila dithabitkan dengan 'illat, maka ia (hukum) akan hilang apabila 'illatnya hilang" [Fiqh Taharah, ms 43].
Sekian. wassalam
خيرالأمين