:salam
1) saya ingin ketahui adakah percikan air yang terkena baju ketika mencuci/membilas pakaian yang terkena najis itu turut hukumnya najis atau sebaliknya.
2) saya mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil. Apabila dia kencing (memakai Drypers) bau air kencingnya melekat pada seluar yang dia pakai (saya pasti tiada lelehan air kencing yang keluar dan seluarnya kering). Adakah seluar itu dikategorikan sebagai terkena najis atau sebaliknya.
saya harap persoalan ini dapat di jawab kerana saya sentiasa merasa was2 dalam masalah ini.
:wassalam
:wassalam
alJawab:
1) Bila membasuh pakaian kita selalunya memakai pakaian mandi atau kain basahan, maka tak perlulah risau dgn percikan. Percikan yg dimaksudkan syara' ialah seseorang yg kencing berdiri lalu cuai akan percikan najisnya. Dalilnya: HR Daruqutni dari Anas, "bersucilah dari kencing, kerana kebanyakan siksa kubur berpunca darinya" disahihkan oleh al-Albani dalam alIrwaa'. maksud kencing ialah percikannya.
Namun apa jua percikan kenalah berhati-hati jika kita berpakaian yg bersih ketika membasuh. hati-hati tu bukan maksud was-was.
2) Bau tu adalah satu indikator najisnya sesuatu. Ini perlu diperhatikan jenis dan kualiti lampin pakai-buang. lampin yg berkualiti selalunya tiada kebocoran. dari segi kaedah biasa, bau hancing itu menunjukkan kenajisannya. sekian