SJ-03-0047 : Soalan ttg bersuci

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0047 : Soalan ttg bersuci

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya bg pihak isteri saya. Ketika isteri saya dalam keadaan haid ia telah mengalami kemalangan. Disebabkan kemalangan itu dia telah disimen dibahagian kaki iaitu dari atas lutut hingga kebawah lutut, balutan itu tidak boleh dibuka sehingga lebih enam minggu.

Soalan saya, bagaimana cara terbaik utk bersuci sebelum boleh bersembahyang semula dan juga mengerjakan ibadah yg lain2nya.

Jazzakallah.

SJ-03-0047 : Soalan ttg bersuci

:wassalam

ÇáÌæÇÈ
alJawab:

Kalau dia boleh mandi seperti biasa cuma bahagian anggota yang disimen sahaja, maka beliau boleh melakukan dua cara:

1. menyapu di atas simen itu. Berdasarkan hadith Abu Daud, dari Jabir bin Abdullah ra. [sabda] " Cukup baginya untuk membalut lukanya dengan kain lalu mengusapnya." Abu Daud # 336.
Jumhur para Imam menggunakan hadith ini dan semisalnya dalam bab hukum menyapu balutan (jabirah). Inilah juga pendapat al-Qardhawi dalam Fiqh Thaharah /289; dan Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi.

2. Tidak perlu menyapu apa pun. Ini kerana hukum menyapu balutan itu tidak tsabit kerana hadith di atas (Abu Daud) dan hadith2 lain dalam bab menyapu jabirah adalah semuanya lemah. Ini pendapat Imam Ibn Hazm dan Imam al-Albani (Tamam alMinnah) Hadith Jabir didha'ifkan oleh al-Albani dalam al-Irwaa', jld 1/ # 105)

Saya cenderong kpd pendapat al-Albani kerana hadith menyapu balutan adalah tidak sahih menurut tahqiq yg muktamad.