:salam
Nak tanya kupasan mengenai najis anjing (tahi & kencing). ::?:
Air liur memang perlu basuh tujuh kali.
Tahi dan kencing macammana? ::?:
Bangkai anjing yang berselerak di jalan macammana?
::?: :wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-03-0082 : Hukum kencing & tahi anjing?
Primary tabs
Fri, 21/09/2007 - 3:45pm
#1
SJ-03-0082 : Hukum kencing & tahi anjing?
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
ÃãÇ ÈÚÏ
Sebagaimana dimaklumi bahawa pendapat yang paling rajih: Air liur anjing adalah najis. (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 21/349).
Dan syarak telah menunjukkan kita bagaimana menyucikan bekas yg terkena najis liur anjing iaitu membasuhnya dengan 7 basuhan, salah satunya air bercampur tanah. (Hadis Muslim no: 279).
Oleh itu, mana-mana najis daripada anjing apabila terkena sesuatu, maka disucikan dengan cara 7 basuhan.
Kata Ibn Taimiyyah: "Jika dikatakan: air kencing (anjing) lebih utama daripada air liurnya, maka pendapat ini ada kekuatannya". (Majmuk Fatawa 21/350).
Kata Ibn Qudamah dalam Mughni (1/73): "Tidak ada khilaf dalam mazhab (hanbali) bahawa najis anjing hendaklah disucikan dengan 7 basuhan. dan ini juga pendapat Syafie".
Bangkai anjing adalah najis, maka menyucikan tempat yg terkena ialah dengan 7 basuhan juga. Tetapi yg berselerak di atas tanah tidak perlu dibasuh.
Kata Syeikh uthaimin: "Sekiranya najis anjing terkena pada tempat bukan tanah, maka mestilah disucikan dengan 7 basuhan". (Majmuk fatawa Uthaimin 11/245).
Peringatan:
Hukum di atas ialah pada najis sahaja. Adapun bukan najis, seperti bulu anjing yg hidup, maka tidak perlu dibasuh.
Wallahu A'lam.
rujukan:
-Majmuk Fatawa Ibn taimiyyah
-Majmuk Fatawa Syeikh Uthaimin
-Mughni Ibn Qudamah
http://abuumair1.wordpress.com