SJ-03-0089 : najis...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0089 : najis...

:salam

saya ingin dptkan pencerahan ttg perbezaan antara najis yg ditanggung dan najis tak ditanggung. adakah benar pengkelasan najis ada spt yg disbutkan td?

tq.

SJ-03-0089 : najis...

:wassalam

al-Jawab:

Najis yang ditanggung vs najis tak ditanggung ni tidak ujud dalam mana-mana kitab feqh yg muktabar dan tak dikenali. Jika kita kembali kepada istilah 'tanggung' bermaksud najis yg dibawa oleh seseorang. Kita mendengar istilah ini dari kuliah-kuliah fiqih di nusantara bila mereka membahaskan bab kanak-kanak lelaki belum khatan (khitan) atau sunat yang ditakwilkan masuk dalam kategori mereka yang menanggung najis dan tidak boleh solat bersama saff dewasa. Begitu juga mereka mengatakan kanak-kanak yang masih memakai pampers (lampin pakai buang) juga menanggung najis di dalam lampin itu. Maka kanak-kanak berpampers ini menanggung najis dan tidak boleh mendekati orang yg sedang solat.
Kita berpendapat klasifikasi ini adalah diada-adakan kerana kaum salaf tidak pernah mengajar akan hal yg seperti ini. Maka dasar kita dalam fiqh ialah sesuatu itu kembali kepada klasifikasi yg asal, najis 'aini (najis yg zahir dan nampak) dan najis hukmi atau najis maknawi atau batin seperti seseorang yg berhadath besar. sekian WA