:salam , :mrgreen:
Masalah yg dikemukakan kpd saya yg tak leh saya jawab... ::!:
Seorang wanita yg baru shj habis haid tapi tak boleh mandi wajib dgn air kerna ada anggotanya yg baru dibedah tak boleh kena air...nak tayamum pulak debu tak ada kerana musim hujan sepanjang 2-3 hari HABIS CAMNO NAK BUAT? ::cry:
Bagaimana dgn solat yg tak boleh dikerjakan semasa belum dapat angkat hadas besar itu ? :eeeek:
Bolehkah dia solat hormat waktu masa belum dapat angkat hadas besar tersebut ::cry: ::roll: ::roll: ::roll: ::?: ::?: ::?:
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mohikara dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Agama Islam tidak membebankan hamba2nya mengamalkan kewajiban yang telah di pertanggung-jawabkan melainkan dengan apa yang dia mampu lakukan. Firman Allah swt :-
áóÇ íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáøóÇ æõÓúÚóåóÇ áóåóÇ ãóÇ ßóÓóÈóÊú æóÚóáóíúåóÇ ãóÇ ÇßúÊóÓóÈóÊú
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. " [al-Baqarah : 286]
Menurut Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) bahawa jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum mengambil tempat wudhu' dan ghusul (mandi wajib). Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila diperbolehkan menggunakan air, maka hendaklah mandi menghilangkan janabah. Firman Allah swt :
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöÐóÇ ÞõãúÊõãú Åöáóì ÇáÕøóáÇÉö ÝóÇÛúÓöáõæÇ æõÌõæåóßõãú æóÃóíúÏöíóßõãú Åöáóì ÇáúãóÑóÇÝöÞö æóÇãúÓóÍõæÇ ÈöÑõÄõæÓößõãú æóÃóÑúÌõáóßõãú Åöáóì ÇáúßóÚúÈóíúäö æóÅöäú ßõäúÊõãú ÌõäõÈÇð ÝóÇØøóåøóÑõæÇ æóÅöäú ßõäúÊõãú ãóÑúÖóì Ãóæú Úóáóì ÓóÝóÑò Ãóæú ÌóÇÁó ÃóÍóÏñ ãöäúßõãú ãöäó ÇáúÛóÇÆöØö Ãóæú áÇãóÓúÊõãõ ÇáäøöÓóÇÁó Ýóáóãú ÊóÌöÏõæÇ ãóÇÁð ÝóÊóíóãøóãõæÇ ÕóÚöíÏÇð ØóíøöÈÇð ÝóÇãúÓóÍõæÇ ÈöæõÌõæåößõãú æóÃóíúÏöíßõãú ãöäúåõ
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. "[al-Maa'idah : 6].
Dari Imraan ibn Hussain ra. :-
Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÑóÃóì ÑóÌõáÇ ãõÚúÊóÒöáÇ áóãú íõÕóáøö Ýöí ÇáúÞóæúãö ¡ ÝóÞóÇáó : íóÇ ÝõáÇäõ ¡ ãóÇ ãóäóÚóßó Ãóäú ÊõÕóáøöíó Ýöí ÇáúÞóæúãö ¿ ÝóÞóÇáó : íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ¡ ÃóÕóÇÈóÊúäöí ÌóäóÇÈóÉñ ¡ æóáÇ ãóÇÁó . ÞóÇáó : Úóáóíúßó ÈöÇáÕøóÚöíÏö ¡ ÝóÅöäøóåõ íóßúÝöíßó . æÝí ÑæÇíÉ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÌÏ ÇáãÇÁ ÝÃóÚúØóì ÇáøóÐöí ÃóÕóÇÈóÊúåõ ÇáúÌóäóÇÈóÉõ ÅöäóÇÁð ãöäú ãóÇÁò æÞóÇáó : ( ÇÐúåóÈú ÝóÃóÝúÑöÛúåõ Úóáóíúßó ) .
"bahawa Rasulullah :saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... didalam riwayat lain Nabi :saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi jubub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].
Dalil diatas menunjukkan tayammum boleh mengantikan ketiadaan air, akan tetapi apabila menjumpai air atau hilang keuzuran bagi yang sakit, hendaklah seseorang itu mandi.(Ibn Baaz, Majmu' al-Fatawa, 10/201).
Bagaimana pula jika seseorang itu tidak mendapat debu untuk bertayammum?
Menurut Ibn al-Qayyim rh:
æÍÇáÉ ÚÏã ÇáÊÑÇÈ ßÍÇáÉ ÚÏã ãÔÑæÚíÊå æáÇ ÝÑÞ ÝÅäåã ÕáæÇ ÈÛíÑ Êíãã áÚÏã ãÔÑæÚíÉ ÇáÊíãã ÍíäÆÐ ÝåßÐÇ ãä Õáì ÈÛíÑ Êíãã áÚÏã ãÇ íÊíãã Èå ÝÃí ÝÑÞ Èíä ÚÏãå Ýí äÝÓå æÚÏã ãÔÑæÚíÊå ÝãÞÊÖì ÇáÞíÇÓ æÇáÓäÉ Ãä ÇáÚÇÏã íÕáí Úáì ÍÓÈ ÍÇáå ÝÅä Çááå áÇ íßáÝ äÝÓÇ ÅáÇ æÓÚåÇ æáÇ íÚíÏ áÃäå ÝÚá ãÇ ÃãÑ Èå Ýáã íÌÈ Úáíå ÇáÅÚÇÏÉ ßãä ÊÑß ÇáÞíÇã æÇáÇÓÊÞÈÇá æÇáÓÊÑÉ æÇáÞÑÇÁÉ áÚÌÒå Úä Ðáß ÝåÐÇ ãæÌÈ ÇáäÕ æÇáÞíÇÓ .
"Jika tiada debu (Turaab), seperti tiada syara' (tidak disyariatkan), dan tidaklah ia berbeza. Sesungguhnya mereka bersolat tanpa tayammum kerana tayammum tidak disyariatkan pada masa itu. Begitulah diapplikasikan kepada sesiapa yang bersolat tanpa tayammum kerana tidak mempunai bahan untuk melakukan tayammum. Apakah terdapat perbezaan diantara tidak mempunyainya dengan tayammum belum disyariatkan? Menurut Qias dan Sunnah, sesiapa yang tidak mempunyainya hendaklah bersolat didalam keadaan tersebut, kerana Allah swt tidak membebankan melebihi keupayaan seseorang. Dia tidak perlu mengqadha'kan solat, kerana dia telah melakukan perintahnya maka dia tidak perlu mengulangi lagi solat. Kes ini sama dengan seseorang yang tidak mengadap qiblah atau menutupi dirinya atau membaca kerana dia tidak mampu melakukannya. Itulah yang dimaksudkan oleh nas dan qias." [Haashiyat Ibn al-Qayyim ‘ala Tahdheeb Sunan Abi Daud, 1/61].
Dan menurut Ibn Qudaamah rh juga :-
æáÃäå ÔÑØ ãä ÔÑÇÆØ ÇáÕáÇÉ ÝíÓÞØ ÚäÏ ÇáÚÌÒ Úäå ßÓÇÆÑ ÔÑæØåÇ æÃÑßÇäåÇ æáÃäå ÃÏì ÝÑÖå Úáì ÍÓÈå Ýáã íáÒãå ÇáÅÚÇÏÉ ßÇáÚÇÌÒ Úä ÇáÓÊÑÉ ÅÐÇ Õáì ÚÑíÇäÇ æÇáÚÇÌÒ Úä ÇáÇÓÊÞÈÇá ÅÐÇ Õáì Åáì ÛíÑåÇ æÇáÚÇÌÒ Úä ÇáÞíÇã ÅÐÇ Õáì ÌÇáÓÇ
"Salah satu dari syarat solat telah diangkat (waived) disebabkan seseorang itu tidak upaya melakukannya, sebagaimana didalam hal syarat2 dan rukun2 didalam solat. Apa yang dia lakukan ialah apa yang terbaik dapat dia lakukan, maka dia tidak perlu mengulangi (Qadha')nya lagi. Ini seperti seseorang yang tidak dapat menutupi dirinya dan bersolat secara berbogel; atau seseorang yang tidak dapat mengadap qiblah, maka di mengadap arah yang lain; atau seseorang yang tidak boleh berdiri maka dia bersolat sambil duduk" [al-Mughni, 1/157].
Kesimpulannya, solat didalam keadaan yang sedemikian SAH, tidak perlu diulangi (Qadha'), kerana seseorang itu bersolat didalam kemampuan yang dia boleh, kerana Allah swt tidak membebankan hambanya sekadar apa yang dia mampu. Apabila keuzurannya hilang, hendaklah dia melakukan mandi wajib, tiada qadha' bagi solat yang terdahulu. WA.
wassalam.
خيرالأمين