SJ-04-0031 : Tayyamum dalam penerbangan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0031 : Tayyamum dalam penerbangan

Assalamu'alaikum ustaz,

Bagaimana cara untuk bertayyamum semasa dalam penerbangan sekiranya ketiadaan air? Boleh tak dengan menepuk pada dinding kapalterbang untuk mendapatkan debu?

Adakah cara yang sama boleh dipraktikkan iaitu dengan menepuk pada dinding bangunan sekiranya kita berada di dalam bangunan yang tinggi semasa kekurangan atau ketiadaan air terutama ketika menunaikan haji atau umrah di Mekah?

Wassalam.

SJ-04-0031 : Tayyamum dalam penerbangan

Allah SWT tidak membebankan kita dalam urusan agamaNya seperti yang dinyatakan di dalam Al QUran. asalkan ada keperluan dan mencapaii tahap terpaksa, perbuatan tersebut adalah dibenarkan..wallahu a'lam.

tahqiq/ta'liq thtl

Oleh kerana jawapan ringkas ustaz alitantawi al-arnauthi terlalu ringkas, maka saya cuba memberi sikit nota tambahan agar anda tidak kebingungan.
Adapun dalil yang menjadi dasar ungkapan ust ali ialah:
Firman ALlah SWT (terjemahnya):
" dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kepayahan dalam urusan agama." AQT 22: 78 (al-Hajj)

Isu pertama: kesukaran mendapatkan air untuk berwudhu' dalam pesawat. alJawab: kebiasaannya pesawat membawa bekalan air yg mencukupi untuk keperluan penumpang. Anda hendaklah membiasakan diri dengan berwudhu' menggunakan air yg sedikit seperti mana amalan kaum salaf. Anda juga hendaklah mengamalkan kelonggaran menyapu sepatu/stokin dan ini pasti menjimatkan air. Anda boleh meminta sebotol air mineral 500ml dan ia sudah cukup utk berwudhu' dalam tandas pesawat. Sila baca e-book karya pilot MAS, Captain Hafizfirdaus di laman web beliau (http://www.al-firdaus.com), lihat Panduan solat dalam Penerbangan.
jika benarlah air memang terputus bekalan dan semua penumpang berada dalam dharurat (may day may day), maka barulah petua alitantawi di atas boleh diamalkan.

2. Bertayammum semasa musim Haji ketika berada dalam bangunan tinggi. Anda masih dikehendaki turun mencari air atau membelinya kecuali anda terperangkap atau sekurang-kurangnya turun dan mencari debu tanah di luar bangunan. Kecualilah anda menjelaskan apakah alasan sebenar anda terperangkap dalam bangunan tinggi tersebut. Jika benar2 dharurat, tidak dapat turun bangunan kerana malapetaka, maka lakukanlah apa yang disaranka oleh ust alitantawi. sekian