Assalamualaikum ustaz,
Baru-baru ini, rakan saya menerima emel dan kandungannya adalah seperti berikut:
---emel 1---
Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika
dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,ssorg itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
shj. Sebalikny, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan
ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badanny yg zahir.
Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia
(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam
gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak
mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan
oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di
rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur.
Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu
tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis
di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar
kerana Allah Taala." Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke mana2 bhgn anggota badan.
"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku
menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg
habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat
hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia
tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny
tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi wajibnya tidak sah."
Jelasnya lagi. Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada
pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada
najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib.
Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.
"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di
badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang
atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau
sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu
bernajis,ia wajibla dibasuh.
"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang
sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu
wajiblah dibuang.
Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang
mandi. "Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg
merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi
wajib ssorg itu tidak sah.
"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika
dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya
tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg
rumitnya.
Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.
" Yan g menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny
tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air
sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap
ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang
ke rambut."
"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu
jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak
bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini,
sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg
serius orlh umat islam.
Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat
jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki
dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar
air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan
shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama
ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak
semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin
beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm,
jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur
itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."
---penghujung emel 1---
kemudian beliau menerima balasan untuk emel di atas, seperti berikut:
---emel 2---
Seelok2nya kita selidiki betul ilmu yang disampaikan itu sebelum menympaikan kepada yang lain agar yang lain tidak sesat.
Aku ada belajar di dalam kitabullah Sollah iaitu Kitab Solat- didalam kitab tersebut ada menerangkan cara-cara melakukan solat yang betul dan mensucikan diri daripada hadas besar dan cara2 berwuduk dengan sempurna.
Niat mandi hadas besar, dimulai dengan berwuduk, kemudian basuh kepada atau ratakan seluruh badan dengan kibasan air dari hujung tangan sebanyak 7-11 kali sekurangnya, pastikan seluruh kepala basah hingga terasa di kulit kepala, kemudian tadah air ditelapak tangan dan sapu di kiri dan tadah lagi di tengah dan tadah lagi di kanan kepala kemudian mandi dan ratakan seluruh badan.
Mungkin sedikit kelainan, namun kalau mahu penerangan jelas, cuba semak Kitabul Sollah............pelajari bab hadis2 Rasul S.A.W. Sesungguhnya di dalam al-quran hanya menyatakan kewajipan kita bersolat dan berpuasa serta wajib mandi hadas. Namun sekiranya kita pelajari hadis, di dalamnya akan kita pelajari bagaimana cara yang betul Nabi melakukan. Jadi mana satu yang mahu kita ikut???? Ajaran Rasul atau ikut-ikutan penambahan daripada orang yang bergelar2 ustaz yang kadang-kadang berkehendakkan nama dan wang ringgit semata. Fikir2kanlah dan tenung2kanlah.
Sesungguhnya. Nabi pernah bersabda ' Dimana suatu hari kelak akan datang kepadamu perpecahan kepada Agama Islam kepada 75 bahagian. Tapi yang mengamalkan al-quran dan sunnahku sahaja yang diterima di syurga kelak'- lebih kurang macam tulah bunyinya....Oleh itu, mana yang kita pilih.
Sekian terima kasih.
---penghujung emel 2---
Rakan saya jadi keliru dan bercelaru... yang mana sebenarnya betul? Boleh ustaz terangkan pada saya. (Insya-Allah saya akan forwardkan pada beliau).
Jazakallahu Khairan Kathirah.
wassalam
--- amzari ---
Mandi wajib cara Nabi ni merupakan satu penjelasan yang detail juga. Apa kata anda ikuti syarh Fiqh Sunnah oleh allmah Sayyid Sabiq bila tiba bab Mandi (Ghusl) nanti, InsyaAllah. Kami dapati email1 itu dipenuhi dengan bid'ah. Jika anda inginkan jawapan yang segera kami syorkan anda memiliki kitab Fiqh Thaharah edisi terjemahan karya prof Dr al-Imam Syaikhul Islam al-ashy Yusof alQaradhawi di Pustaka Fajar Ilmu baru, hardcover RM 45.00