Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan budak-budak dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Mandi bogel di tempat yang tertutup pada hukumnya tidak dilarang didalam Islam.
a. al-Hafiz Ibn Hajar Asqalani menjelaskan bahawa ulama' mengambil hadith Sahih Bukhari #3404 dan Muslim #339 yang menunjukkan Nabi Musa as. dilihat oleh kanak-kanak Yahudi dalam keadaan tidak berpakaian selepas mandi menunjukkan bahawa dibenarkan seseorang itu mandi dalam keadaan berbogel [Fath al-Bari, 1/385].
Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan. Jelas beliau :-
dir="ltr">"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].
b. Terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi :saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.
c. Tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi :saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Thaharah, ms. 252) adalah mustahab (digalakkan) menutup walaupun bersendirian. Nabi :saw bersabda :
ÝÇÇááå ÃÍÞ Ãä íÓÊÍíì ãäå ãä ÇáäÇÓ
dir="ltr">"Allah lebih berhak seseorang itu malu padanya daripada manusia" [Hadith Riwayat Abu Daud, Kitab al-Hamaam #4017, Tirmudzi didalam Bab Adab, #2670].
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan budak-budak dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Mandi bogel di tempat yang tertutup pada hukumnya tidak dilarang didalam Islam.
a. al-Hafiz Ibn Hajar Asqalani menjelaskan bahawa ulama' mengambil hadith Sahih Bukhari #3404 dan Muslim #339 yang menunjukkan Nabi Musa as. dilihat oleh kanak-kanak Yahudi dalam keadaan tidak berpakaian selepas mandi menunjukkan bahawa dibenarkan seseorang itu mandi dalam keadaan berbogel [Fath al-Bari, 1/385].
Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan. Jelas beliau :-
b. Terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi :saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.
c. Tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi :saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Sekian, wassalam
خيرالأمين
tambahan :