SJ-04-0045 : Tayammum

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0045 : Tayammum

Salam

Kali ni soalan pendek aje.
1) Kalau pesakit lepas accident, berbalut, kalu amik wuduk atas balutan boleh tak, atau just area yg exposed saja? eg tangan berbalut, hanya jari je nampak
2) Kalu tayammum, guna debu ie kat dinding, atas bantal boleh ke ganti tanah?
3) Isu soalan hormat waktu ni, mcm tak de konklusi, boleh bagi yg mana jumhr kalu kita musafir atau dlm operation yg lama ie qada vs solat hormat waktu vs smbhyg bila sihat atau bangun dr tidur(ie itu masa solatnya)
4)Sembahyang masa sakit tapi katakan kita ada urinary catheter(utk mengalir air kencing) atau stoma bag(bag yg mengandungi tahi sebab ada kanser ke), sah ke solat pada masa tu?

JZK, nanti saya kumpul soalan lain lagi.

SJ-04-0045 : Tayammum

:wassalam

al-Jawab:

1) Cara berwudhu' kerana anggota wudhu' dibalut hingga nampak jari tangan sahaja. Hukumnya: boleh, caranya ialah membasuh jari-jari dan mengusap balutan (jabirah) itu. Atsar dari Ibn Umar bahawa Ibn Umar berkata, siapa yang mendapat luka dan dibalut, maka hendaklah dibasuh angguta di luar balutan dan diusap saja balutan itu. Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, alMusanif (1/126) dan al-Baihaqi, Sunan al-Kubra (1/228)

Manakala Ibn Hazm pula memfatwakan tidak perlu mengusap kerana nas-nasnya semua lemah. Maka anggota yg luka dan berbalut tidak perlu diusap kerana hukum bersuci ke atasnya gugur (al-Muhalla (2/74)
Namun Syaikhul Islam IT (MF 21/ 185) menetapkan pendapat jumhur ASWJ ialah mengusap jabirah.

2) alat tayammum ialah tanah, manakala debu yang melekat pada dinding itu kemungkinan adalah habuk dan kotoran. Orang yang sakit hendaklah meminta pembantu untuk membawakan debu yg bersih.

bersambung

SJ-04-0045 : Tayammum

3) Pendapat yang rajih ialah solat hormat waktu itu mengelirukan. ini kerana madzhab Hanbali meluaskan kegunaan solat jama' meliputi apa jua keperluan mendesak dan ianya diamalkan (solat jama' bukan kerana safar dan hujan) bukan suatu kebiasaan baginya. solat hormat waktu yang dimaksudkan oleh madzhab Syafi' iy merujuk kepada situasi yang amat mustahil terjadi, yakni seperti di kejar oleh musuh dan dia tidak dapat keluar dari tempat persembunyiannya.

4) solat pesakit spt urinary catherer dan stoma bag adalah sah kerana diqiaskan kepada wanita istihadzah dan lelaki yg kencing tidak tus (dedas). Dia termasuk dalam kategori orang yg diberi keringanan sebagaimana Firman ALlah SWT , "maka bertaqwalah kamu menurut kemampuanmu" AQT 64: atTaghaabun) 16

Fatwa Syaikh Abdul Aziz ben Baz dalam koleksi fatwanya, "ahkam solat al maridh wa Tohaaratih"(panduan salat dan bersuci bg orang sakit), fatwa no 5, bahawa orang yang ada kantong atau bak kencing atau najis sah solatnya dgn syarat sebelum setiap solat dia berwudhu' terlebih dahulu utk setiap solatnya. sekian . WA