SJ-04-0052 : lanjutan sambungan wudhu'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0052 : lanjutan sambungan wudhu'

:salam

maaf ada soalan lanjutan lg.

adakah 3 kali basuhan itu bilangan had yg maksimum (1 hingga 3 kali shj) atau tiada yg maksimum?

sy terperhatikan seseorg yg berwudhu disebelah saya membasuh sebahagian kepalanya 6 kali dan telinganya 8 kali (sebelah 4 kali). ada masalah atau tiada masalah?

JZKK

:wassalam

SJ-04-0052 : lanjutan sambungan wudhu'

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Ukhti Naji dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Basuhan 3 X ini merupakan sunnah, thabit dari Nabi :saw. Sesungguhnya Uthman ra berkata :-

ÃáÇ ÃÑíßã æÖæÁ ÑÓæá Çááå Õáì Âááå Úáíå æÓáã ¿ Ëã ÊæÖà ËáÇËÇ ËáÇËÇ
dir="ltr">"Mahukah aku tunjukkan kepada kamu wudhu' Rasulullah :saw? Kemudian dia berwudhu' 3x, 3x" [hadith Sahih Riwayat Muslim #230].

Maka didalam Mazhab Syafie, melakukan basuhan/sapuan (keatas muka, tangan dan kaki) sebanyak 3x adalah sunat. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/59]

Bagi mereka yang berlebihan didalam basuhan, sepertimana yang anda nyatakan diatas, Nabi :saw setelah mengulangi basuhan sebanyak 3x, baginda bersabda :-

åßÐÇ ÇáæÖæÁ ¡ Ýãä ÒÇÏ Úáì åÐÇ Ãæ äÞÕ ÝÞÏ ÃÓÇÁ Ãæ Ùáã
dir="ltr">"Demikianlah wudhu'. Barangsiapa yang menambah lebih daripada ini, atau kurang, maka sesungguhnya dia telah berlaku tidak baik atau zalim" [hadith Riwayat Abu Daud #135, Lihat didalam Majmu' Sharh Muhazzab, Imam Nawawi, 1/438].

Mazhab Syafie mengkelasifikasikan perbuatan diatas sebagai perkara makruh didalam wudhu'[al-Fiqh al-Manhaji, 1/61]. ia juga dianggap sebagai pembaziran atau perbuatan yang melampau.

Kebiasaanya, bagi mereka yang tidak mengetahui bilangan basuhan/sapuan semasa berwudhu', dikatakan telah mendapat penyakit waswas. Mohon perlindungan dari Allah agar dilindungi dari gangguan syaitan ini. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين