:salam
saya dah cuba selak-selak dalam forum/soal jawab yang lepas tapi tak jumpa pulak persoalan saya ni, minta kelapangan sahabat untuk merungkaikan masalah saya.
masalah: orang yang bukan muhram mencium mayat apakah membatalkan wudhuk mayat? dan apakah yang perlu dilakukan sebenarnya.
sekian, wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-04-0062 : mencium mayat/jenazah
Primary tabs
Mon, 29/10/2007 - 10:46am
#1
SJ-04-0062 : mencium mayat/jenazah
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Jumhur ulama berpendapat tidak batal wudhuk dengan sebab sentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi. kalau masa hidup pun tidak batal wudhuk, maka lepas mati pun lebih aula tidak batal.
- Bagi yang berpegang hukum batal wudhuk jika bersentuhan lelaki dan wanita, seperti mazhab Syafie, maka pendapat yang muktamad dalam mazhab ialah: tidak wajib diulangi wudhu' si mayat tersebut. Malahan, jika keluar najis daripada kemaluan mayat pun, tidak wajib diwudhukkan mayat itu, memadai dengan membasuhnya sahaja.
rujukan:
-Majmuk Nawawi 5/177
http://abuumair1.wordpress.com