SJ-04-0107 : Tertib dalam Wudhu'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0107 : Tertib dalam Wudhu'

Salam,

Kalau semasa wudhu' ;

1- Adakah kita diwajibkan meratakan air wudhu' ? Contohnya wudhu' utk tangan kiri, diratakan dengan tangan kanan.
Bagaimana sekiranya celup sahaja, seperti di kolah-kolah contohnya.

2- Sekiranya ketika meratakan tangan kanan contohnya, air wudhu' terkena tangan kiri *dahulu* sebab kita nak ratakan wudhu' pada tangan kanan, adakah dikira melanggar tertib wudhu' (sebab terkena air pada tangan kiri utk basuh kanan)

Re: Tertib dalam Wudhu'

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Wajib meratakan air pada anggota wudhuk, dan tidak sah wudhuk jika ada sebahagian anggota tidak terkena air ketika membasuhnya.

Tetapi tidak wajib menggosok-gosok anggota wudhuk dengan tangan, di sisi jumhur ulama. Cukup dengan cara melalukan air sahaja pada anggota atau dalam masalah kolah mencelupkan sahaja anggota ke dalam kolah. Dengan syarat, diyakini atau sangkaan kuat bahawa air melalui anggota sepenuhnya.

Kata Imam Nawawi, "Inilah pendapat ulama keseluruhannya kecuali Malik dan Muzani. Mereka berdua mensyaratkan menggosok ketika mandi wajib dan wudhuk". (Majmuk 2/214)

2) Ia tidak melanggar tertib wudhuk, kerana tangan kiri yang terkena air bukan diniatkan untuk dibasuh sebagai wudhuk, tetapi sebagai alat untuk menggosok anggota tangan kanan.

Wallahu A'lam.