SJ-04-0111 : Tanam Niat solat & masalah mula wuduk

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0111 : Tanam Niat solat & masalah mula wuduk

:salam

Ini pertanyaan kedua saya di Al Ahkam, jika mana 2 soalan ini sudah ada serta salah thread saya minta maaf banyak2.. [smilie=36_2_21.gif]

1- Apakah perlu kita "menanam" niat solat semasa takbiratul ihram..

2- Saya ada menanya ustaz di saudi ni, dia kata Nabi SAW niat solat semasa wuduk.. jika benar bagaimana caranya utk kita niat.. samada semasa wuduk atau niat sebelum wuduk ataupun selepas habis wuduk..

3- Jika kita mula wuduk sudah semestinya dimulai Bismillah masalahnya kebiasaan kita ambil wuduk didalam tandas rumah so bolehkah bacanya semasa didlm "hammam " :eeeek:

Barakallah hu feek

Re: Tanam Niat solat & masalah mula wuduk

:salam

Istilah ‘menanam’ niat solat semasa takbiratul Ihram adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat melayu.Ini kerana apa yang wajib ketika ingin menunaikan solat ialah niat untuk menunaikan solat itu lahir secara spontan dalam hati seseorang apabila tergerak untuk melakukan sesuatu solat tanpa perlu dilafazkan secara lisan.

Berkenaan dengan kenyataan yang mengatakan bahawa Rasulullah saw berniat solat semasa wudhuk ialah mungkin yang dimaksudkan oleh Ustaz tersebut ialah Rasulullah saw berwudhuk dengan tujuan untuk menunaikan solat.Maknanya , Rasulullah saw mengambil wudhuk pada ketika itu adalah kerana ingin menunaikan solat zohor misalnya , maka itu sahaja sudah cukup dikatakan telah melakukan niat,bukannya Rasulullah saw melafazkan niat solat semasa berwudhuk….. Allahu A’alam

Majoriti Ulama mengatakan bahawa membaca Basmallah semasa berwudhuk adalah Sunat walaupun terdapat pendapat yang mewajibkannya sebagaimana pendapat Imam Ahmad. Manakala menyebut kalimah-kalimah suci seperti Basmallah , ayat-ayat yang mengandungi kalimah Allah , ayat al-Quran dan sebagainya ditempat-tempat kotor dan jijik adalah perbuatan yang makruh disisi kebanyakan ulama.

Maka , yang lebih baik adalah dielakkan daripada menyebut Basmallah ketika berwudhuk didalam tandas.Saudara boleh menyebutnya ddalam hati kerana ianya tidak menjadi satu kesalahan walaupun berada dalam tandas , atau pun tidak perlu menyebut terus lantaran hukum membaca Basmallah ketika wudhuk adalah sunat…Allahu A’alam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com