:salam
saya cuba nak ikut step mandi hadas sunnah, tapi problemnya bila nak ikut tangan,kemaluan,kepala tu selalu was-was dah basuk ke belum anggota sebelum tu. boleh ke kalo saya dah basuh bahagian badan, saya basuh bahagian telinga atau berkumur.atau dah basuh kaki nak basuh bahagian kemaluan ke. juga, disebabkan selepas basuh pergelangan tangan kita dah basuh kemaluan, perlu ke masa basuh bahagian badan kita buat balik step tu?
lebih mudah lagi, boleh tak saya mandi macam biasa, mula dari kepala atau mana2 anggota, asalkan satu badan kena air ...
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
Tertib dalam mandi wajib tidak wajib di sisi semua ulama termasuk empat mazhab. Oleh itu, seseorang berjunub boleh mandi dengan apa cara sekalipun asalkan sempurna dengan melalukan air ke seluruh badan.
Walau bagaimana pun, melakukannya secara tertib sebagaimana sunnah adalah sangat digalakkan. Dan sebenarnya mandi secara tertib lebih mengelakkan daripada perasaan was-was.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com