SJ-05-0037 : Cara solat sunat taubat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0037 : Cara solat sunat taubat

assalamualaikum,
saya ada nak mintak tanyer.

bolehkan ustaz - ustaz di al-ahkam forum bagi tahu saya cara-cara untuk melakukan solat sunat taubat ?
apakah yg perlu dibaca?

terima kasih

Re: SJ-05-0037 : Cara solat sunat taubat

wa'alaikumusalam

Alhamdulillah Kami akan cuba menjawab soalan adik ubu233 dengan sekadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Mazhab Malik, Syafie, Hanafi dan Ahmad berpendapat bahawa adalah mustahab(digalakkan) bagi seseorang itu melakukan solat taubah. Ini berdasarkan hadith :- dari Abi Bakr ra berkata : aku telah mendengar dari Rasulullah saw berkata :-

ãÇ ãöä ÑÌá íõÐäÈ ÐäÈðÇ Ëã íÞæã ÝíÊØåøóÑ Ëã íõÕáøöí Ü Ãí ÑßÚÊíä Ü Ëã íóÓúÊÛÝÑ Çááå ÅáÇ ÛõÝöÑó áóå"¡ Ëãøó ÞÑà åÐå ÇáÂíÉ: (æóÇáøóÐöíäó ÅöÐóÇ ÝóÚóáõæÇ ÝóÇÍöÔóÉð Ãóæú ÙóáóãõæÇ ÃóäúÝõÓóåõãú ÐóßóÑõæÇ Çááåó ÝóÇÓúÊóÛúÝóÑõæÇ áöÐõäõæÈöåöãú æóãóäú íóÛúÝöÑõ ÇáÐøõäõæÈó ÅöáøóÇ Çááåõ æóáóãú íõÕöÑøõæÇ Úóáóì ãóÇ ÝóÚóáõæÇ æóåõãú íóÚúáóãõæäó . ÃõæáóÆößó ÌóÒóÇÄõåõãú ãóÛúÝöÑóÉñ ãöäú ÑóÈøöåöãú æóÌóäøóÇÊñ ÊóÌúÑöí ãöä ÊóÍúÊöåóÇ ÇáúÃóäúåóÇÑõ ÎóÇáöÏöíäó ÝöíåóÇ æóäöÚúãó ÃóÌúÑõ ÇáúÚóÇãöáöíäó) (ÓæÑÉ Âá ÚãÑÇä:135-136).
"Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat - 2 rakaat - kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :-Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. ''-[surah Aali Imran 135-136]" - [Hadith Hasan, riwayat Abu Daud, Al-Nassa'i, Ibn Maajah, al-Bahaqi dan al-Tirmudzi, didalam sahihnya al-Albani ].

Kafiat solat taubah menurut hadith di atas ialah :-

a. Ambil wudhu'
b. Lakukan Solat sunat 2 rakaat
c. Setelah selesai solat, beristigfar / mohon ampun daripada Allah swt.

Solat taubat ini boleh dilakukan pada bila2 masa, melainkan pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Tidak ada bacaan do'a khusus selain dari istigfar selepas solat, dan tidak ada bacaan surah-surah tertentu semasa bersolat. Ulama' mengatakan bahawa memadai membaca surah-surah yang mudah bagi yang melakukan. Lakukan seperti solat sunat biasa. WA.

wassalam.
==============
Rujukan :

1. Markas Fatwa pimpinan Dr Abdulllah al-faqih. ãÇÐÇ ÊÞÑà Ýí ÕáÇÉ ÇáÊæÈÉ . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Id=50932&Option=FatwaId

2. Markas Fatwa pimpinan Dr Abdulllah al-faqih. æÞÊ ÕáÇÉ ÇáÊæÈÉ æÏÚÇÄåÇ . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Id=42052&Option=FatwaId

خيرالأمين