SJ-05-0059 : waktu solat tahajud

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0059 : waktu solat tahajud

Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi ingin bertanya waktu yang paling aula untuk kita bersolat tahajud. Ada mengatakan antara 2.30 pagi hingga 3.30 pagi tetapi ada yang mengatakan bangun jam 4 pagi atau 4.30 pagi terus ke subuh.

Kemudian ada kenyataan bahawa sesiapa yang solat fardhu di awal waktu akan disoal dan diberikan segala kebaikan awal semasa di akhirat kelak. Betul ke?

Harap dapat pencerahan. JKK terlebih dulu. afwan.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

Re: waktu solat tahajud

:wassalam

Jawab

1. Waktu afdhal tahajjud

Sepertiga malam terakhir: 4:00am-Fajar (anggaran)

Dalil:

Firman Allah Ta'ala (terjemahnya)
" dan yg memohon ampun di waktu-waktu sahur." AQ 3: 17

Dari Abu Hurayrah , bahawa RasuluLlah SAW bersabda," Rabb kita turun setiap malam ke langit dunia ketika malam tinggal sisa sepertiga yang terakhir." [alBukhari-Muslim]

2. Fadhilat solat di awal waktunya

Tidak ada kerana dalilnya tidak kuat (dan kaum lelaki disunnatkan ke mesjid berjama'ah). (asySyun'ani, alUddah 2/10)
Fadhilat yg banyak ialah solat pada waktunya secara berjama'ah.

HR alBukhari dari Abu Hurayra ra;
" andaikata manusia tahu apa yg ada dalam panggilan adzan dan memenuhi saf paling depan kecuali mereka pasti akan berlomba kepadanya, pasti mereka akan berlomba.." (sahih Bukhari, Kaitab alAdzan mo 615)

Dalam syarah alKarmani atas sahih alBukhari dijelaskan, sengaja Nabi SAW tidak menjelaskan fadhilatnya kerana kelebihan yg tidak dapat digambarkan cuma digambarkan perlombaan ke arahnya...

sekian
:aklam