SJ-05-0100 : sekitar eidain-soalan mengenai 2 eid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0100 : sekitar eidain-soalan mengenai 2 eid

Salam.Semasa saya di luar negara, ada beberapa perkara yang berlainan dan perkara baru yang saya tak pernah dengar. Minta tuan panel huraikan berdasarkan sunnah:

1.Takbir raya-di sana mereka hanya bertakbir dengan 'Allahuakbar 3X, walillah hilhamd'.. Kemudian di ulang-ulang sahaja tanpa ada imam yang memimpin. Ini sangat berlainan dengan sini yang ada imam yang takbir dulu, diikuti orang2 masjid.Dan takbir bahagian allahuakbar kabiraa, walhamdulillahi kathira..........-di sana tidak ada

2. Saya diberitahu bahawa apabila eid jatuh pada hari jumaat, kita hanya perlu solat salah satu yakni solat eid atau solat jummat sahaja, minta komen ust. Dan juga jika kita memilih untuk solat eid, adakah kita perlu solat zohor sebagai ganti? atau tidak perlu solat pun pada waktu jumaat?

3. Dan juga saya ingin bertanya adakah bersalaman selepas solat itu sunnah?Akhir sekali adakah khatib memegang mimbar itu sunat atau wajib?

jazakallah khair

SJ-05-0100 : sekitar eidain-soalan mengenai 2 eid

:wassalam

alJawab:

Kemungkinan anda berada di suatu negara yg telah mengamalkan sunnah dan membenteras bid'ah dengan sebaiknya.

1. Lafadz takbir raya yg anda sebutkan itulah yg sunnah, adapun versi Malaysia itu adalah masyhur dalam madzhab Syafi'iy dan terdapat dalam al-Azkar oleh anNawawi, ia tiada asalnya dari Sunnah. Cara takbir beramai-ramai yg dipimpin oleh seseorang itu adalah bid'ah menurut Imam al-Albani dalam Silsilah alSahihah (1/121)

2. Apabila 'Ied jatuh pd hari Juma'at, maka hendaklah ia solat 'Ied dan solat Ied itu menggugurkan kewajiban solat Juma'at.

Dalilnya: Dari Zayd bin Arqam ra, ketika Nabi selesai solat 'Ied yg kebetulan jatuh bersamaan hari Juma'at, " siapa yg ingin mengerjakan solat Juma'at, maka solatlah." HR Ahmad, Abu Daud, anNasa'iy dan Ibn Majah, disahihkan oleh al-Albani.

Jika dia tidak mahu solat Juma'at, maka solat Zuhur juga gugur berdasarkan Fiqh Ibn Abbas (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Hadith #531), disahkan oleh A Hasan Bandung (soal-jawab Agama) berdasarkan atsar Ibn Zubair dalam hadith Abu Daud, Sunan, #1072)

3.1 Bersalama selepas solat

Ia perbuatan bid'ah (Fatawa al 'Iezz Abdu Salam), lihat juga Imam Nawawi, alMajmuu', 3/488, Fatawa Syaikh Abdul Rahman alJibriin, KSA, majallah alMujtama' no 855 KSA..

3.2 Khatib memegang mimbar
Tidak kita ketahui akan hal ini kerana khatib selalunya memegang tongkat. sekian