SJ-05-0120 : bolehke solat berbogel???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0120 : bolehke solat berbogel???

assalammualaikum,

di sini ingin ana bertanya mengenai bila pakaian kita bernajis
dan kita tak de pakaian lain dan berada tempat yg sukar seperti dlm hutan, boleh ke kita solat dgn pakaian tersebut.?

ade ustaz ana cakap tak boleh pakai pakaian tersebut dan perlu berbogel
untuk solat dan solat tersebut di qodho'kan.

yg musykil di sini , pakaian yg kita pakai adelah utk menutup aurat tapi dlm situasi ini kita kena berbogel utk solat dan lepas solat kita kena pakai pakaian supaya tak aib pd pandangan manusia.tapi bila solat kena bogel pulak.memang ragu.dan ustaz tu pulak cakap benda ni ade diterang secara detail dlm kitab para imam syafie.tolong lah ana rungkai masalah ini.

SJ-05-0120 : bolehke solat berbogel???

:wassalam

alJawab:

Mari kita betulkan kekacauan fiqih dari ustaz tsb:

Pendapat Imam Syafi'iy: dia hendaklah solat dalam keadaan bogel dan tidak boleh menggunakan pakaian bernajis, selepas itu dia tidak perlu qadha'.

Manakala Imam alMuzni alSyafi'iy tidak bersependapat dengan Imam Syafi'iy. alasan Imam alMuzni spt juga alasan madzhab Hanbali dan Maliki, ialah bebas najis adalah syarat sah solat, jika dia tidak mampu menghindarinya, maka gugurlah syarat itu spt juga seseorang yg tidak mampu menentukan kiblat, maka dia boleh menghadap ke mana-mana arah. Maka dia hendaklah solat dgn pakaian bernajis dan tidak perlu qadha'. (alImam alNawawi, alMajmoo' syarh alMuhadzab: 3/188-189)