SJ-05-0149 : Bacaan fatihah oleh imam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0149 : Bacaan fatihah oleh imam

Assalamu'alaikum,

Saya ada masalah iaitu mengenai bacaan surat al-fatihah yang dibacakan oleh imam di sebuah surau sewaktu bersolat jemaah. Pada ayat ÕÑ dalam ayat 6: ...ÇåÏäÇáÕÑØ dan ayat 7: ...ÕÑØ ,beliau telah membaca melebihi 2 harkat (lebih kurang 4-5 harkat). Soalan saya adakah bacaan surat fatihah yang dibaca oleh beliau dianggap betul. Jika tidak betul, macamana kedudukan solat tersebut adakah sah atau sebaliknya.

wassalam.

SJ-05-0149 : Bacaan fatihah oleh imam

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr walid_izza dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Pembacaan huruf Ra (ÇáÕøöÑóÇØó) lebih dari 2 harkat merupakan kesalahan teknikal didalam tajwid. Akan tetapi, bacaan ini, iaitu bacaan huruf Ra nya lebih dari 2 harkat ini tidak mengubah makna perkataan dan Solat itu masih sah.

Menurut Syeikh Abdul Karim al-Khudayr :-

ÇáÅãÇã ÇáÐí íáÍä Ýí ÇáÝÇÊÍÉ áÍäÇð íõÎáø ÈÇáãÚäì áÇ ÊÕÍ ÅãÇãÊå ¡ æãÇ ÚÏÇåÇ ÇáÕáÇÉ ÕÍíÍÉ ãÇ áã íÑÊßÈ ãÍÙæÑÇð Ýí ÞÑÇÁÊå ÈÃä íÍÑøÝ Ýí ÇáÞÑÂä ¡ Ãæ íÒíÏ Ãæ íäÞÕ ãäå ãÊÚãÏÇð ÝãËá åÐÇ ÕáÇÊå ÈÇØáÉ .
dir="ltr"> "Jika Imam membaca al-Fatihah salah (Lahn) dan mengubah maksudnya, tidak sah Imamnya. Jika sebaliknya, selama-mana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh mengubahkan (maksud) al-Quran, atau menambah, atau menghilangkan sesuatu (huruf) secara sengaja. Maka contoh ini solatnya batal." [1]

Contoh-contoh penukaran yang jelas adalah seperti (contoh diambil dari buku al-Qaul al-Mubin fi Akhthaa'i al-Musholeen) :-

- Perkataan (ÇáøóÐöíäó ) kepada (ÇááÒíä)
- Perkataan (ÇáúÍóãúÏõ) kepada (ÇáåãÏ ááå)
- Perkataan (ÇáÖøóÇáøöíäó) kepada (ÇáÙøÇáíä)

Kesimpulannya, bacaan Ra (ÇáÕøöÑóÇØó) lebih dari 2 harkat tidak mengubah maksud perkataan tersebut, iaitu "jalan", maka Solatnya masih sah.

Sekian, wassalam
-----------
Rujukan :

1. ÃËÑ ÇááÍä Ýí ÇáÝÇÊÍÉ Úáì ÕÍÉ ÇáÕáÇÉ
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619994

خيرالأمين