SJ-05-0155 : qadha solat sunat slps asar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0155 : qadha solat sunat slps asar

:salam

Lanjutan soalan drp jwpn utk soalan Solat Sunat Mutlaq. Bolehkah dilakukan qadha solat sunat ba'diyah zuhur slps solat asar?
situasi: seseorg hanya dpt bermula dgn sunat qabliyah zuhr pd pkl 3.30pm dan selesai fardhu zuhr lbh kurang 4pm. 4.05pm da msk asar maka dia solat asar dulu kemudian baru buat ba'diyah zuhur. adakah dibenarkan? atau patutkah diqadha pd waktu lain? atau patutkah wirid dan do'a ditangguhkan sehingga selesai ba'diyah bg membolehkn ianya dilakukan dlm waktu?

:wassalam

SJ-05-0155 : qadha solat sunat slps asar

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Naji dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama' khilaf didalam bab menqadha' solat sunat di waktu yang di tegah bersolat. Mazhab Syafie (Majmu', 4/170) membenarkan solat tersebut, termasuklah Ibn Qudamah dan Ibn Taimiyyah (Majmu' Fataawa, 23/127) berdasarkan beberapa hadith, seumpamanya : Hadith dari Umm Salamah ra. :-

Ãóäøó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Õóáøóì ÑóßúÚóÊóíúäö ÈóÚúÏó ÇáúÚóÕúÑö ÝóÓóÃóáóÊúåõ ÚóäúåõãóÇ ÝóÞóÇáó : Åöäøóåõ ÃóÊóÇäöí äóÇÓñ ãöäú ÚóÈúÏö ÇáúÞóíúÓö ÝóÔóÛóáõæäöí Úóäú ÇáÑøóßúÚóÊóíúäö ÇááøóÊóíúäö ÈóÚúÏó ÇáÙøõåúÑö ÝóåõãóÇ åóÇÊóÇäö
dir="ltr">"Sesungguhnya Nabi :saw bersolat 2 rakaat selepas Asar, dan dia bertanya Nabi mengenainya, dia bersabda : beberapa orang dari 'Abdul Qays datang kepadaku dan mengalih pandanganku dari bersolat 2 rakaat selepas Zohor, maka aku melakukannya sekarang" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1233 dan Muslim #834].

ÑóÃóì ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÑóÌõáðÇ íõÕóáøöí ÈóÚúÏó ÕóáÇÉö ÇáÕøõÈúÍö ÑóßúÚóÊóíúäö . ÝóÞóÇáó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : ÃóÕóáÇÉó ÇáÕøõÈúÍö ãóÑøóÊóíúäö ¿ ÝóÞóÇáó áóåõ ÇáÑøóÌõáõ : Åöäøöí áóãú Ãóßõäú ÕóáøóíúÊõ ÇáÑøóßúÚóÊóíúäö ÇááøóÊóíúäö ÞóÈúáóåõãóÇ ¡ ÝóÕóáøóíúÊõåõãóÇ . ÞóÇáó : ÝóÓóßóÊó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó .
dir="ltr">"Nabi :saw telah melihat seorang lelak isolat 2 rakaat selepas menunaikan solat Subuh 2 rakaat. Nabi :saw berkata : Adakah anda bersolat fajar dua kali? Berkata lelaki tersebut kepada Nabi : Saya tidak bersolat 2 rakaat sebelum itu, maka aku bersolat sekarang. Nabi :saw mendiamkan diri." [Hadith Riwayat Ibn Majah #1154. Al-Albani mengkelaskan sebagai Sahih didalam Sahih Ibn Maajah #984.]

Ibn Qudamah rh didalam komentarnya mengatakan bahawa disebabkan Nabi :saw mendiamkan diri maka qadha' solat sunat pada waktu yang ditegah dibenarkan. [al-Mughni. 2/532]

Kesimpulannya, kedua-dua hadith diatas menunjukkan bahawa Solat sunat boleh di qadha'kan pada waktu-waktu yang ditegah untuk bersolat. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين