SJ-05-0159 : SOLAT SUNAT BERJEMAAH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0159 : SOLAT SUNAT BERJEMAAH

:salam
Saya ada kemusykilan, bolehkah solat hajat, taubat, tahajjud dan tasbih dlakukan berjemaah. kalau boleh bagaimana caranya, adakah perlu meletakkan makmuman atau imaman dalam niat. Boleh jelaskan.

SJ-05-0159 : SOLAT SUNAT BERJEMAAH

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan zaliasma dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah

1. Ulama' seperti Imam al-Nawawi rh (Majmu' Sharh al-Muhazzab), Syiekh Ibn Taimiyah rh (majmu' Fataawa 23/414) membahagikan solat sunat ini kepada dua jenis :-

a. Solat sunat yang sunnah dikerjakan secara berjamaah seperti Solat Gerhana, Solat Istisqa' (minta hujan), Solat Qiam Ramadhan (Tarawih), Solat Eid dsb.

b. Solat sunat yang tidak dilakukan secara berjemaah seperti Solat Tahajjud, Solat Duha', Solat Tahiyatul masjid, dsb.

Bagi solat sunat jenis (b), kalau dilakukan secara berjemaah pun masih sah, dan digalakkan tidak melakukannya selalu kerana Nabi :saw dan para sahabat tidak melakukannya selalu. Imam al-Nawawi mengatakan solat-solat (b) tidak di syara'kan berjemaah, Pada kebiasaannya Nabi :saw akan bersolat malam secara berseorangan. Akan tetapi, bila Ibn Abbas ra. bermalam di rumah Nabi :saw, beliau telah bersolat malam bersamanya. Begitu juga didalam situasi yang lain, Hudhaifah pernah bersolat sunat berjemaah dengan baginda, begitu juga dengan Ibn Mas'ud ra , diriwayatkan bahawa :

Ãäå Õáì ÎáÝ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áíáÉ ÕáÇÉ Çááíá¡ ÝÃØÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇáÞíÇã ÍÊì åãøó ÇÈä ãÓÚæÏ ÈÇáÌáæÓ.
dir="ltr">"Sesungguhnya dia bersolat dibelakang Nabi :saw pada solat malam, maka Rasulullah :saw memanjangkan qiam sehingga Ibn Mas'ud menyempurnakan duduknya" [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Baginda juga pernah bersolat sunat berjemaah di rumah 'Utbaan, dan dia telah bersolat dengan Nabi :saw. Nabi juga pernah menjadi Imam kepada Anas dan seorang yatim didalam solat.

Ibn Qudamah rh dialam kitab al-Mughni mengatakan bahawa hadith-hadith ini menunjukkan bahawa solat sunat boleh dilakukan secara berjemaah. Akan tetapi menurut Ibn Utsaimin rh, solat kategori (b) hendaklah tidak dilakukan berjemaah selalu kerana Nabi :saw tidak memerintahkannya begitu. [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 14/334].

2. Mengenai niatnya, memadailah semasa berdiri untuk bersolat, sudah terdetik azam dihati untuk bersolat mengikut Imam. Imam al-Nawawi mengatakan bahawa tempat niat adalah dihati.

Sekian, wassalam

خيرالأمين