SJ-05-0171 : Solat Hajat Lagi...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0171 : Solat Hajat Lagi...

:salam

ana ada soalan mengenai solat hajat lagi..setelah membaca artikel dan perbahasan yg panjang lebar mengenai solat hajat ni, saya nak tanya, apakah pula hukum solat hajat berjemaah??adakah solat hajat ini sesiapa yg membuatnya termasuklah orang membuat perkara bidaah??mohon pencerahan...

:wassalam

SJ-05-0171 : Solat Hajat Lagi...

:wassalam

alJawab:

Solat Hajat ini bila ia tidak tsabit kerana kelemahan sandarannya, maka tidak boleh dilakukan secara individu, maka apatah lagi secara berjama'ah terlebih lagi lah tegahannya. Ini kerana semua ibadah memerlukan contoh dari salaf assoleh. Suatu ibadah baik secara individu maupun berjama'ah tidak wajar didirikan melainkan terdapat dalil yang kukuh. [Lajnah Daimah dan Ifta' KSA, Jld 8/ms 162]