SJ-05-0260 : Urgent!!pd bulan ramadan tiada solat tahajjud??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0260 : Urgent!!pd bulan ramadan tiada solat tahajjud??

salam kepada semua ahli panel feqh.
benarkah tiada solat tahajjud pd bulan pose?
i mean ,yg ade tu cuma qiyam ramadan.
sbb nabi tidak buat solat tahajjud pd bulan pose cuma buat qiyam ramadan.
benarkah?
mohon pengesahan.

SJ-05-0260 : Urgent!!pd bulan ramadan tiada solat tahajjud??

:wassalam

al-Jawab:

solat malam atau qiyamullail juga dikenali dgn nama solat tahajjud.

solat malam atau tahajjud di bulan Ramadhan di namakan qiyam Ramadhan atau tarawih.

Jadi, qiyam ramadhan adalah tarawih adalah juga tahajjud Ramadhan.

Nabi SAW bertahajjud sepanjang masa. Baginda qiyam Ramadhan atau tarawih bersama sahabat beberapa malam, kemudian meninggalkannya takut ia menjadi wajib dan membebankan ummatnya, tapi secara peribadi Nabi terus menerus mendirikan tarawih secara sendirian di qamarnya.

Tahajjud lazimnya di bulan lain diakhirkan selepas kita tidur dulu. Tapi pada bulan Ramadhan, sunat di awalkan supaya semua umat Islam dapat melakukan tahajjud Ramadhan bersama-sama utk melatih mereka qiyammulail. sebab tu Ramadhan dinamakan madrasah atau latihan intensif. nak biasakan umat Islam solat malam, solat lebih banyak rakaát dari biasa dan kemudian solat berjamaáh di mesjid. supaya selepas tamat sekolah Ramadhan, ia jadi kebiasaan.
Ibn Qudamah dalam al-Mughny merumuskan, qiyammulail/qiyam Ramadhan:

Jika solat berjamaah di mesjid, sunat dilakukan selepas Isya' utk membolehkan seramai mungkin umat Islam terlibat.
Jika seseorang ingin solat sendirian di rumah, ia hendaklah lebih baik solat di akhir malam selepas tidur dahulu.
Ditanya Imam Ahmad, waktu mana yg lebih afdhal utk qiyam di bulan Ramadhan, "pada awal malam (selepas Isyaa') atau dipenghujung malam. Jawab Imam Ahmad, aku utamakan kepentingan orang ramai. Maksud Imam Ahmad ibn Hanbal ialah solat bersama-sama selepas Isyaa' itu secara berjamaah lebih disukai oleh beliau. sekian