Baru Baru ini saya ada mendengar pendapat bahawa dalam mazhab syafie, orang yang mengimami solat hendaklah berhenti/diam sejenak setelah membaca fatihah. Ini adalah untunk makmum membaca fatihah. Setelah diam sejenak imam menyanmbung dengan bacaan surah dan makmum hendaklah dengar bacaan Imam. Ada ustaz yang mengatakan ini disebut di dalam kitab Imam Syafie dan Imam Nawawi. Sekiranya benar pendapat ini, apakah yang patut dilakukan oleh Imam yang diam sejenak itu? ada tak zikir ataupun doa doa yang harus dibaca oleh imam secara perlahan.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Imam Nawawi menyebut: Ulama Mazhab Syafie menggalakkan orang yang mengimami solat berhenti/diam sejenak setelah membaca fatihah, sekadar untuk makmum membaca fatihah.
Dalil mereka ialah hadis Samurah bin Jundub:
Ãóäøóåõ ÍóÝöÙó Úóäú ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÓóßúÊóÊóíúäö ÓóßúÊóÉð ÅöÐóÇ ßóÈøóÑó æóÓóßúÊóÉð ÅöÐóÇ ÝóÑóÛó ãöäú ÞöÑóÇÁóÉö { ÛóíúÑö ÇáúãóÛúÖõæÈö Úóáóíúåöãú æóáóÇ ÇáÖøóÇáøöíäó }
"Bahawa beliau telah menghafaz dari Rasulullah SAW dua saktah (berhenti): saktah apabila telah bertakbir dan saktah apabila selesai membaca { ÛóíúÑö ÇáúãóÛúÖõæÈö Úóáóíúåöãú æóáóÇ ÇáÖøóÇáøöíäó } - Al-Fatihah.
H.R Abu Daud, Tirmizi, Baihaqi dll. Kata Tirmizi: "Hadis Hasan dan ia bukan hanya pendapat seorang dari Ulama yang menggalakkan Imam berhenti selepas bermula solat dan selepas selesai bacaan dan ia adalah pendapat Ahmad, Ishaq dan Ulama kami."
Imam Nawawi menyebut: Semasa saktah kedua tersebut imam digalakkan membaca doa atau zikir pilihan seperti doa ma'thur ini:
Çááøóåõãøó ÈóÇÚöÏú Èóíúäöí æóÈóíúäó ÎóØóÇíóÇíó ßóãóÇ ÈóÇÚóÏúÊó Èóíúäó ÇáúãóÔúÑöÞö æóÇáúãóÛúÑöÈö Çááøóåõãøó äóÞøöäöí ãöäú ÇáúÎóØóÇíóÇ ßóãóÇ íõäóÞøóì ÇáËøóæúÈõ ÇáúÃóÈúíóÖõ ãöäú ÇáÏøóäóÓö Çááøóåõãøó ÇÛúÓöáú ÎóØóÇíóÇíó ÈöÇáúãóÇÁö æóÇáËøóáúÌö æóÇáúÈóÑóÏö
Doa ma'thur ini dibaca oleh Rasulullah SAW semasa saktah pertama seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Rujukan:
- al-Majmu': 3/364-365
Wallahu a3lam