SJ-05-0304 : Dua Imam dalam satu masjid - Solat Witir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0304 : Dua Imam dalam satu masjid - Solat Witir

Semalam saya dengar syarahan ada ustaz yang mengatakan sekiranya ada dua imam di dalam masjid melakukan solat yang sama, maka solat itu haram. Saya melihat ini yang berlaku di kebanyakan masjid di negara saya pada solat witir di bulan ramadhan. Tarawikh sama sama...tapi bab witir mereka yang bermazhab hanafie akan keluar dan solat di belakang bersama imam mereka sebanyak 3 rakaat sekali gus. Sedangkan Imam dan makmum yang bermazhab syafie solat 2+1 rakaat. Adakah solat kedua dua jamaah itu haram ataupun tidak sah.

Adakah patut Imam yang bermazhab syafie (Imam tempatan yang dilantik) melakukan 3 rakaat witir sekaligus untuk megelakkan perpecahan? Bagaimana pulak dengan makum apa yang patut mereka lakukan? adakah lebih afdhal solat witir di rumah?

Saya pernah bertanya pada mereka yang bermazhab hanafi. Kata mereka mazhab mereka tidak ada solat satu rakaat. Paling minimum 2 rakaat. Jadi mereka tidak boleh ikut kita solat. Betulkah pendapat ini?

SJ-05-0304 : Dua Imam dalam satu masjid - Solat Witir

al-Jawab:

1.

Quote:
Adakah solat kedua dua jamaah itu haram ataupun tidak sah.

Solat dua Imam adalah haram dan yang sah ialah solat dgn Imam rawatib atau Imam yang dilantik oleh Pemerintah/Penguasa sahaja. Jika Imam yg sah adalah bermadzhab Syafi'iy, maka pengikut madzhab Hanafi sebenarnya sah mengikuti madzhab ini dalam isu ijtihadiah atau khilafiah. Demikian kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Fatawa al-Kubra (2/117-8). Perbuatan mereka solat berasingan ketika Imam tetap melakukan solat adalah perbuatan bid'ah dan menghidupkan zaman kefanatikan madzhab di mesjidil Haram sebelum Dinasti al-Saud. Makmum hendaklah solat di belakang Imam tetap untuk mengekalkan perpaduan jama'ah (Lajnah Daimah dan Iftaa', 7/366)

2. Kerasnya pendapat Hanafi dalam format solat Witr itu sebenarnya tidak benar kerana terdapat hadith sahih yg mana Nabi saw solat witr mengikut format 2+1 dari hadith Ibn Hibban (2435) dari Ibn Umar ra.

sekian