SJ-05-0350 : Masbuk pada bukan rukuk

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0350 : Masbuk pada bukan rukuk

Salam,

Ada kemusykilan.

1- Kalau imam rukuk, adakah makmum yang ingin masbuk perlu baca sesuatu sebelum takbir untuk rukuk. Maksud sesuatu ialah sebahagian al-fatihah.

Atau Takbir->Takbir nak rukuk->rukuk dengan tomakninah

2- Kalau imam pada fasa bukan rukuk (tahiyat, duduk antara 2 sujud), adakah kes yang sama(baca sebahagian al-Fatihah)? Atau terus rukuk.

-tak pernah check daleel perkara ni ,tapi dah terlintas jadi confuse pulak.

SJ-05-0350 : Masbuk pada bukan rukuk

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Makmum masbuk seperti ini hanya perlu takbiratul Ihram, kemudian takbir rukuk dan rukuk bersama-sama dengan imam. Tidak wajib membaca Fatihah sebelum rukuk itu. Kerana bacaan Fatihah adalah tugasan semasa qiyam. Jika qiyam sudah tidak wajib, maka Fatihah juga sudah tidak wajib.

Dalilnya: Hadis kisah Abu Bakrah yang masuk bersolat ketika Nabi sedang rukuk. Lalu dia terus rukuk dan berjalan memasuki saf dalam keadaan rukuk. Selepas selesai solat, Nabi SAW tidak mengarahkan beliau mengulangi rakaat yang dia tidak sempat membaca Fatihah. (Rujuk kisah ini dalam Sahih Bukhari (no: 750).

2- Situasi kedua ini sama seperti kes di atas, malahan lebih aula daripada kes di atas. Maka tidak perlu membaca apa2 selepas takbiratul ihram. Cuma bezanya: dalam kes sempat dengan rukuk, si makmum masbuk dikira sempat dengan rakaat tersebut. Manakala dalam kes sempat dengan iktidal, sujud dll, makmum masbuk tidak dikira mendapat rakaat tersebut. Dia hanya wajib mengikuti perbuatan imam. (Majmuk 4/216)

Wallahu A'lam.