SJ-05-0378 : Masalah duduk tahiyat akhir ketika saf padat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0378 : Masalah duduk tahiyat akhir ketika saf padat

Assalamualaikum diucapkan kepade ahli panel fiqh Al-Ahkam.net. Di sini saya ingin mengemukakan satu persoalan berkaitan duduk tahiyat akhir ketika saf yang agak padat.

Ketika solat berjemaah, kadang kala saf makmum agak padat dan menyukarkan para makmum untuk duduk tahiyat akhir. Saya melihat ada makmum terpaksa duduk dgn cara duduk antara dua sujud. Jadi, bagaimana penyelesaian untuk masalah ini?

Sekian. Terima kasih.

SJ-05-0378 : Masalah duduk tahiyat akhir ketika saf padat

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Perkara tersebut tidaklah membatalkan solat.Ini kerana duduk tahiyyat akhir atau disebut sebagai duduk tawarruk adalah perkara yang disunatkan sahaja , bukan menjadi rukun dalam solat.

Maka apabila kita terpaksa duduk dalam keadaan bukan duduk tawarruk semasa tahiyyat akhir , adalah perkara yang dibenarkan.

Fenomena seperti ini sebenarnya seringkali berlaku pada hampir setiap waktu solat di tanah haram , atau di mana-mana negara Arab lantaran para jemaah yang sentiasa menjaga saf dengan merapatkannya antara satu sama lain.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com