wajibkah makmum membaca Al-Fatihah pad solat jumaat dan terawih kerana ia termasuk juga solat yang dijaharkan....dan jika makmum datang ketika imam membaca surah selepas Al-Fatihah yang dijaharkan bacaannya,pelukah makmum membaca Al-Fatihah kerana dia terlepas untuk mendengar bacaan Al-Fatihah dan harus juga untuk makmum mendengar bacaan imam....harap diperjelaskan
Sumber Rujukan Islam Anda..
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Jika kita memilih pendapat yang tidak mewajibkan makmum membaca Fatihah dalam solat jahriyyah (yang imam melantangkan bacaan), maka ia meliputi solat sunat tarawih dan solat jumaat.
Kerana pengambilan hukum ini adalah bersandarkan kepada arahan syarak supaya diam apabila dibacakan al-Quran. Dan illah ini wujud dalam semua solat jahriyyah, samada malam atau siang, samada solat fardhu atau sunat.
Sebagaimana disebut, pengambilan hukum tidak wajib membaca Fatihah ialah arahan syarak supaya diam dan mendengar bacaan apabila ia dibacakan.
Maka ia merangkumi makmum yang sempat bacaan Fatihah imam, dan makmum yang hanya sempat bacaan surah, tidak sempat bacaan Fatihah imam.
Illah ini wujud dalam kedua-dua situasi tersebut. Maka hukumnya -Wallahu A'lam- adalah sama.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com