SJ-05-0384 : Fokus Mata Ketika Tasyahhud

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0384 : Fokus Mata Ketika Tasyahhud

:salam

Mohon penerangan tentang cara yang betul mengikut sunnah keadaan pandangan mata dan gerakan jari telunjuk ketika duduk tashahud. Saya mendengar pelbagai cara. Antaranya mata fokus kepada jari telunjuk dari awak ke akhir bacaan, jari telunjuk akan diangkat ketika bacaan lailahaillah. Yang kedua, mata fokus ke tempat sujud,jari telunjuk lurus kedepan, dan akan melihat ke arah jari telunjuk ketika membaca lailahaillah. Dan yang ketiga berkenaan dengan gerakan jari telunjuk yang digerak-gerakkan.

Mohon penjelasan, terima kasih.

SJ-05-0384 : Fokus Mata Ketika Tasyahhud

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Tentang fokus mata ketika tasyahhud, diriwayatkan satu hadis daripada Ibn Al-Zubair:

Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ßÇä ÅÐÇ ÞÚÏ Ýí ÇáÊÔåÏ æÖÚ ßÝå ÇáíÓÑì Úáì ÝÎÐå ÇáíÓÑì æÃÔÇÑ ÈÇáÓÈÇÈÉ áÇ íÌÇæÒ ÈÕÑå ÅÔÇÑÊå

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW apabila duduk tasyahhud, baginda meletakkan tangan tapak tangan kirinya di atas paha kirinya, dan membuat isyarat dengan jari telunjuknya, pandangannya tidak melebihi isyaratnya.

- Hadis ini direkod oleh Abu Daud (no: 992) dan Nasai (no: 1275). Dan ia direkod dalam Sahih Muslim (no: 579) dengan tiada lafaz 'pandangannya tidak melebihi isyaratnya'. Ini menunjukkan kedhaifan lafaz tambahan tersebut. (Sifat Solat; Torifi).

- Tentang menggerakkan atau mengisyaratkan jari, boleh dirujuk: SJ-05-0131 : Pergerakkan jari telunjuk di waktu tasyahud. Link: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29929

Wallahu A'lam