:salam
Mohon ahli panel mengulas hadith berikut
Dari Thawus r.a katanya:”Kami bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai hukum duduk di atas kedua tumit. Jawab Ibnu Abbas;”Hukumnya sunat.” Kami berkata:”kami lihat janggal (jarang) orang duduk seperti itu.” Jawab Ibnu Abbas:”Tetapi begitulah sunnah nabi s.a.w.”
(Muslim)
Apakah dimaksud duduk antara dua tumit di atas?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Duduk ini dipanggil sebagai duduk Iq'aa', iaitu duduk diatas kedua-dua tumit. Ia memang sunnah sebagaimana yang di riwayatkan didalam hadith Muslim mengenai kata-kata Ibnu Abbas ra. tersebut. Caranya - kedua-dua kaki ditegakkan, dan kedudukan punggung diatas kedua-dua kaki. Ilustrasinya boleh dilihat pada imej yang dikepilkan. (http://al-ahkam.net/home/modules/MDForum/files/duduka2s_634.jpg)
Menurut Syeikh Torifi, bukanlah duduk Iq'aa' ini duduk yang larang oleh Nabi :saw, iaitu seperti Iq'aa' anjing. Berkata Abu Hurairah r.a. :
Menurut Abu 'Ubaidah dan yang lain-lain ialah duduk yang dimasukkan oleh hadith diatas ialah : kedua-dua tapak kaki ditegakkan kemudian duduk dilantai antara dua kaki tersebut dengan dua tangan menekan dilantai.
Sekian, wassalam
خيرالأمين