SJ-05-0468 : Kaifiat Azan Pada Zaman Nabi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0468 : Kaifiat Azan Pada Zaman Nabi

:salam
kami ingin mengetahui petunjuk dari as-sunnah tentang kaifiat muazzain nabi, bilal ibn rabah, ataupun ibn ummi maktoum melaungkan solat.

1. adakah mereka berdiri di suatu tempat yang khas di dalam masjid, seperti di pintu, mihrab, perkarangan masjid atau mereka melaungkan azan di mana-mana tempat yang mereka pilih?

2. benarkah thabit dari sunnah yang menyatakan bahawa muazzin di zaman nabawi memegang telinga ketika azan?

3. dan mengulangi lafaz azan dua kali, satu kali secara sirr, dan satu lagi secara jahr?

4. benarkah sunnah menyuruh berpaling ke kanan ketika hayya alas salah dan ke kiri ketika hayya alal falah?

5. bolehkah sekumpulan jemaah yang ingin bersolat berjemaah tetapi agak lambat meminta seorang dari mereka untuk melaungkan azan sebelum solat?

6. perlukah diam sekali lagi jika terdengar azan selepas azan masuk waktu, yang mungkin datang dari musalla berdekatan? perlukah dijawab azan sedemikian? perlukah azan sedemikian?

7. ada dinaqal dalam beberapa kitab feqh, yang muazzin disunatkan mencari tenpat yang tinggi untuk melaungkan azan seperti menara atau suatu bangunan tinggi, sedangkan mengikut pengetahuan kami tiada bangunan seperti itu di zaman nabawi?

apa pandangan panel al-ahkam? :wassalam

SJ-05-0468 : Kaifiat Azan Pada Zaman Nabi

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Di dalam satu hadis, daripada seorang wanita Bani al-Najjar, katanya:

ßóÇäó ÈóíúÊöì ãöäú ÃóØúæóáö ÈóíúÊò Íóæúáó ÇáúãóÓúÌöÏö æóßóÇäó ÈöáÇóáñ íõÄóÐøöäõ Úóáóíúåö ÇáúÝóÌúÑó

Maksudnya: Rumah aku adalah yang paling tinggi di sekitar masjid, Dan Bilal mengazankan untuk Subuh di atasnya.
Direkod oleh Abu Daud (no: 519). Kata Ibn Hajar, "Sanadnya hasan" (Fathul Bari 2/103). Manakala Imam Nawawi mengatakan, "Sanadnya dhaif" (Al-Majmuk 3/106).

Abu Daud ketika membawakan hadis ini membuat tajuk: 'Bab: Azan Di Atas Menara'.

Terdapat hadis lain yang lebih jelas, cuma kesahihannya dipertikaikan, iaitu daripada Ummu Zaid bin Tsabit, katanya:

ßÇä ÈíÊí ÃØæá ÈÈÊ Íæá ÇáãÓÌÏ ÝßÇä ÈáÇá íÄÐä ÝæÞå ãä Ãæá ãÇ ÃÐä Åáì Ãä Èäí ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ãÓÌÏå ÝßÇä íÄÐä ÈÚÏ Úá ÙåÑ ÇáãÓÌÏ æÞÏ ÑÝÚ áå ÔÆ ÝæÞ ÙåÑå

Maksudnya: "Rumahku adalah yang paling tinggi di sekitar masjid. Bilal melaungkan azan di atasnya sejak awal dia melakukan azan. Sehingga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membina masjidnya, lalu selepas itu dia melakukan azan di atas bumbung masjid, diletakkan suatu yang tinggi di atas bumbung". (Al-Tabaqat al-Kubra oleh Ibn Saad: 8/419)

Kata Syeikh Al-Albani, "Pendalilan hadis ini kepada perbuatan azan di atas menara lebih jelas berbanding hadis Abu Daud". (Irwa al-Ghalil 1/247).

2. Berkenaan meletakkan jari di telinga, sifat ini disebut dalam hadis Abu Juhaifah yang menceritakan cara Bilal melakukan azan. Katanya:

æÅÕÈÚÇå Ýí ÃÐäíå

Maksudnya: "Dan dua jarinya di dua telinganya". Direkod oleh Tirmizi (no: 197), katanya: "Hadis hasan sahih".

3. Mengulangi lafaz Syahadah sebanyak dua kali, iaitu secara perlahan dan kemudian secara nyaring, dinamakan 'Tarjie'. Ia disunatkan oleh sebahagian fuqaha kerana berdasarkan hadis Abu Mahzurah, di dalam Sunan Abi Daud (no: 500), Tirmizi (no: 191) dan lain-lain. Kata Tirmizi, "Hadis Abi Mahzurah dalam bab Azan ialah hadis sahih".

4. Masalah berpaling ketika sebutan tersebut boleh dirujuk jawapan Ustaz Al-Jawhar di: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36025

5. Walaupun terlewat, masih boleh dilaungkan azan untuk sembahyang. Tetapi jangan sehingga menyebabkan kekeliruan orang lain tentang waktu sembahyang. Kerana azan disyariatkan untuk memberitahu tentang waktu-waktu sembahyang.

6. Disunatkan menjawab azan sebagaimana sabit dalam hadis sahih. Cuma apabila kedengaran azan dari beberapa masjid berdekatan, ada ulama yang mengatakan cukup dengan hanya menjawab azan yang pertama sahaja. Kerana kaedah Usul: "Suatu arahan tidak menunjukkan perlu ulangan".
Dan ada yang mengatakan sunat menjawab beberapa azan jika semuanya didengari dengan jelas. Mudah-mudahan, bertambah pahala dengan menjawab beberapa azan. Kerana ia tidak lain tidak bukan, ialah zikir kepada Allah Taala.

7. Sudah terjawab di no (1).