:salam
nak tanya tentang, waktu bermula boleh solat terawih?... adakah selepas solat maghrib dah boleh atau kena selepas isya' juga ::?:
solat witir yang 3 rakaat satu salam... tiada tahiyat awal. macamana kalau ada yg buat tahiyat awal dalam witirnya ::?: terima kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-05-0488 : terawih & witir
Primary tabs
Sat, 22/08/2009 - 6:04am
#1
SJ-05-0488 : terawih & witir
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1. Waktu solat Tarawih bermula selepas selesai menunaikan solat Isyak. Inilah yang ditunjukkan oleh sunnah, dipegang oleh jumhur ulama, dan diamalkan oleh orang Muslimin zaman berzaman sehingga sekarang.
Ada ulama yang berfatwa boleh dilakukan sebelum Isyak. Tetapi kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, "Sesiapa yang bersembahyang Tarawih sebelum Isyak, maka dia telah melalui jalan orang-orang Bidaah, yang menyalahi Sunnah". (Al-Insaf 2/181)
2. Jika hendak dilakukan solat witir 3 rakaat dengan satu salam, maka seelok-eloknya dibuat satu tasyahhud sahaja iaitu sebelum salam. Tidak perlu kepada dua tasyahhud, kerana ia menyerupai solat Maghrib. Kerana terdapat larangan menjadikan witir seperti Maghrib.
Di dalam hadis:
لا توتروا بثلاث تشبهوا بالمغرب
"Jangan kamu berwitir dengan tiga rakaat, dengan kamu menyerupai Maghrib". Direkod oleh Daraqutni, Baihaqi dan lain-lain.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com