Salam,
Sahkan solat jika:
1- Pada bacaan sunat,contohnya takbir intiqalat, kita tersilap sebut,tapi kitak tak perbetulkan bacaan secara sengaja, atau disebabkan kita sudah berada pada rukun yg lain
2-Pakai stokin-bila sujud kaki tak kena lantai, sebab ada alas stokin, atau disebabkan kain yg labuh, jadi menghalang jari kena lantai
:mrgreen:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1- Oleh kerana takbir intiqalat adalah sunat, maka tidak menjejaskan sembahyang jika tidak membacanya. Jika tersilap menyebutnya dan saudara sudah berada di rukun lain, tidak perlu mengulanginya.
2- Permasalahan tentang anggota sujud mesti mengenai lantai tanpa berlapik hanya dibahaskan dalam anggota dahi sahaja. Adapun anggota lain (tangan, lutut, dan kaki) tidak mengapa jika berlapik. Maka sah sembahyang dengan memakai setokin. (Majmuk 3/429).
Dalam hadis Anas bin Malik r.a. beliau ditanya adakah Nabi Sallallahu ALaihi Wasallam bersolat memakai selipar? Beliau mengiyakannya. (Bukhari no: 379).
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com