Setau saya solat qada dianggap tidak wujud kerana tiada dalil mengenainya, dan jika melakukannya dianggap sia-sia.
1) Sekiranya A sengaja tido lambat (buat assignment, main Xbox etc) dan bangun lambat subuh.. kemudian bermandi ria, solat Subuh pukul lapan, status solat ni qada ke camne, since solat luar waktu?
2) Adakah A perlu niat "qada" ? Apekah perlu melintaskan "qada" di dalam hatinye sedangkan dah sah-sah bile solat dalam keadaan matahari terbit tu solat luar waktu?
3) Sekiranye A dah solat, then selesai je bagi salam dia ragu-ragu, eh tadi aku niat qada ke tak, perlukah dia mengulangi solatnya
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Soalan-soalan di atas telah terjawab dalam jawapan lepas. Rujuk: http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=38874
Jawapan ringkas untuk soalan di atas (berdasarkan jawapan lalu):
1) Solat yang dilakukan pada luar waktu diistilahkan sebagai sebagai qadha'.
2) Niat Qadha tidak wajib.
3) Oleh kerana niat qadha tidak wajib, maka jika ragu samada dia niat qadha atau tidak, ia tidak menjejaskan solat.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com