Salam
Makmum syak yg dia mula baca fatihah masa Imam baca Ameen (selepas Imam baca Al-Fatihah).
Boleh ke? Or makmum kene tunggu imam abis Ameen baru dia mula baca.
Kalo masa dia baca fatihah tu dia syak yg dia start baca alfatihah masa imam baca ameen kene ulang balik al-fatihah tu dari awal or teruskan saja?
بسم الله
والحمد لله والصلاة واسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Tidak membatalkan bacaan Fatihah, jika seorang makmum membacanya ketika imam membaca amin. Cuma sebaik-baiknya sewaktu imam menyebut 'Amin' (dalam solat Jahriyyah), makmum mengaminkan sama-sama untuk mendapat fadhilat yang disebut dalam hadis sahih:
"Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Amin nya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa-dosa terdahulu". Direkod oleh Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410).
Jadi, jika dia terbaca Fatihah sewaktu imam baca Amin, tidak membatalkan Fatihahnya.
Wallahu A"lam.
http://abuumair1.wordpress.com