salam,Boleh x ustaz terangkan yg mana cara yg betul semasa sujud tumit kaki harus di rapatkan atau direnggangkan?Ada hadis riwayat ibnu khuzaimah yg menceritakan Aisyah nampak nabi merapatkan kedua tumit semasa sujud.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Sumber Rujukan Islam Anda..
salam,Boleh x ustaz terangkan yg mana cara yg betul semasa sujud tumit kaki harus di rapatkan atau direnggangkan?Ada hadis riwayat ibnu khuzaimah yg menceritakan Aisyah nampak nabi merapatkan kedua tumit semasa sujud.
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Riwayat yang menjelaskan A’isyah ra. melihat Nabi :saw bersolat datang dari beberapa hadith yang sahih. Namun demikian, lafaz “Rashshan ‘Aqibaihi” (merapatkan kedua2 tumitnya) ( رصاًعقبيه ) adalah lafaz yang shaz, atau tidak normal menurut Shiekh Dr Bakr Abu Zaid didalam bukunya berjudul “Tidak ada perkara baru didalam hukum Solat” ( لاجديد في أحكام الصلاة ) mukasurat 70.
Malah Sheikh Sulaiman al-Ulwan apabila ditanya mengenai lafaz “Rashshan ‘Aqibaihi” didalam hadith Ibn Khuzaimah, beliau mengatakan : Shaz atau tidak normal. Shiekh Abdul Aziz al-Torifi menyatakan bahawa tambahan “merapatkan tumit” itu tidak nyata kesahihan hadithnya, dan hadith asalnya dari Imam Muslim tidak menyebut penambahan ini. [Sifat Solat Nabiy, ms 132].
Shiekh Dr Bakr Abu Zaid (bekas ahli Majlis Fatwa Arab Saudi) mengatakan bahawa isu merapatkan tumit didalam sujud tidak datang dari salaf, ataupun sahabat ra. Beliau mengatakan bahawa Mazhab Empat mengatakan MUSTAHAB (digalakkan) merenggangkan tumit kaki ketika sujud. Tambah beliau lagi isu melekatkan kedua-dua tumit kaki ketika sujud bertentangan juga dengan pendapat beberapa ulama kontemporari, dimana ada dikalangan mereka yang tidak menyukai (makruh) melekatkan kaki ketika sujud. Ibn Muflih mengatakan beliau tidak menyukai melekatkan kaki ketika sujud.
Imam al-Nawawi rh menyebut bahawa Imam al-Syafie mengatakan adalah mustahab (digalakkan) merenggangkan kedua-dua tumit kaki. Berkata al-Qadhi Abu al-Tayyib : kadar renggang itu adalah sekadar satu jengkal (syibr) [Majmu’ Sharh Muhazzab 3/407].
Kesimpulannya adalah, jumhur ulama’ Mazhab mengatakan merenggangkan kedua-dua kaki semasa sujud adalah lebih afdal, dan ada yang tidak menyukai melekatkan kedua-dua tapak kaki. Hadith Ibn Khuzaimah yang mempunyai lafaz “merapatkan kedua-dua tumit” adalah shaz ataupun tidak normal. Disini juga kita melihat betapa telitinya ulama’-ulama’ Mazhab mengambil sesuatu hukum dari hadith-hadith ini. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين