SJ-06-0003 : Jamak taqdim; sampai sebelum luput waktu kedua

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0003 : Jamak taqdim; sampai sebelum luput waktu kedua

Salam Tuan Moderator (Akhi Tuan Hassan dll)

Saya pernah mengemukakan soalan ini tapi tak ada respons dari tuan-tuan semua. Puas saya rujuk kitab tapi tak jumpa. Yang akhir rujuk terjemahan Sheikh Mahmood berkenaan solat qasar dan jamak juga tak ada bincang.

Soalan sama: Solat Jamak Taqdim tapi apabila sampai kekawasan bermukim waktu yang kedua belum luput. Tuan menjawab sebelum ini BOLEH dan mengikut jumhur ulamak. Saya cuma nak tahu hujah dan nasnya.

re: SJ-06-0003 : Jamak taqdim; sampai sebelum luput waktu ke

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Bukan tak ada respon, cuma lambat sikit disebabkan tugas harian dan kelemahan kami. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr drli dengan kemampuan yang ada, Insyallah. Buat makluman sdr, Ustaz Thtl buat masa sedang bercuti.

Persoalannya : Apakah perlu solat kembali apabila pulang ke kawasan bermukim (watan hakiki) pada masa waktu solat belum luput lagi? Apakah alasannya?

Soalan yang sama juga boleh diaplikasikan kepada scenario berikut : Seorang yang yang telah melakukan solat Jama' Taqdim (Zohor dan Asar) tiba dirumah ibu-bapanya pada masa waktu Asar baru masuk. Apakah perlu dia solat kembali? Kerana kembali ke watan Al-Asli juga membatalkan Jama'/Qasar.

Jawapannya : Tidak perlu melakukan solat lagi.

Alasan/sebab : Semasa melakukan Solat Jama' Taqdim tersebut, statusnya masih MUSAFIR. Kewajipannya telah terangkat. Tidak ada sebab lain yang boleh membatal kewajipan yang telah dilakukan.

Alhamdulillah. Kami menjumpai satu fatwa yang lebih kurang sama dengan soalan sdr. Berikut adalah fatwa bernombor 2547 yang dikeluarkan oleh Lembaga Fatwa Arab Saudi berkenaan dengan status Solat Jama', yang mana waktu solat kedua belum lumput apabila sampai ke watan hakiki atau watan al-asli.

Soalan :

Ó: ãÓÇÝÑ Õáì ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ ÌãÚÇð æÞÕÑÇð Ýí æÞÊ ÇáÙåÑ ÌãÚ ÊÞÏíã¡ Ëã æÕá Ãåáå æãÞÑ ÅÞÇãÊå ÞÈá æÞÊ ÇáÚÕÑ ÇáÊí ÕáÇåÇ ãÞÏãÇ æÞÕÑ ãÚ ÇáÙåÑ¡ Ýåá ÊÌÒÆ Úäå ÇáÕáÇÉ ÇáÊí ÞÏãåÇ Ýí ÍÇá ÇáÓÝÑ¡ Ëã æÕá ãÍá ÅÞÇãÊå ÞÈá æÞÊåÇ Ãæ Ýí æÞÊåÇ¡ æßÐáß ÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ¡ ÅÐÇ ÞÏãÊ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ ãÚ ÇáãÛÑÈ Ëã æÕá ÇáãÓÇÝÑ Ýí æÞÊ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ ÇáãÞÏãÉ Ãæ ÞÈá æÞÊåÇ Åáì ãÍá ÅÞÇãÊå¿ äÑÌæ ÇáÅÌÇÈÉ ãÚ ÊæÖíÍ ÇáÃÏáÉ ÅÐÇ Ããßä Ðáߺ áÃä åÐÇ íÍÏË ßËíÑÇð æíßËÑ Ýíå ÇáÌÏá.
Didalam musafir dia bersolat Zohor dan Asar secara Jama' dan Qasar didalam waktu Zohor sebagai Jama' Taqdim. Kemudian beliau tiba dirumah keluarganya sebelum waktu Asar, dimana beliau telah mengqasarkan solatnya didalam waktu Zohor, Apakah boleh dibahagikan (dilakukan) solat yang dilakukan sebelumnya didalam keadaan musafir, kemudian apabila tiba di tempat kediaman sebelum atau didalam waktunya? Begitu juga dengan Maghrib dan Isya', Jika ia mendirikan solat Isya' bersama Magrib kemudian tiba dari musafir pada waktu Isya' atau sebelumnya di tempat kediaman? Kami inginkan jawapan bersama dalil penjelasan jika boleh! Kerana sesungguhnya peristiwa ini berlaku banyak kali dan ia menambahkan polemik.

Jawapan :

Ì: ÅÐÇ ÌãÚ ÇáãÓÇÝÑ Èíä ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ Ãæ Èíä ÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ ÌãÚ ÊÞÏíã¡ Ëã æÕá Åáì ãÞÑ ÅÞÇãÊå ÞÈá ÏÎæá æÞÊ ÇáÚÕÑ Ãæ ÈÚÏå¡ Ãæ ÞÈá ÏÎæá æÞÊ ÇáÚÔÇÁ Ãæ ÈÚÏå¡ ÝÅä ÕáÇÊå ÕÍíÍɺ áßæäå ÌãÚåÇ ãÚ ÇáÃæáì ÈãÓæÛ ÔÑÚí¡ æåæ ÇáÓÝÑ.
"Jika seorang musafir menjama'kan Solat Zohor dan Asar atau antara Magrib dan Isya' secara Jama' Taqdim, kemudian tiba di kediaman sebelum masuk waktu Asar atau selepasnya, atau sebelum masuk waktu isya' atau selepasnya, Sesungguhnya Solatnya telah SAH! Kerana perbuatan Jama'nya adalah lebih awla dari sudut syariah, iaitu dia didalam MUSAFIR". -[Al-Lajnah Al-Daa'imah 8/137].

Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa'imah Al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa Al-Ifta' - 8. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.ms 137.

[sambungan : Syarat-Syarat Jama' Taqdim menurut Mazhab Syafie].

خيرالأمين

re: SJ-06-0003 : Jamak taqdim; sampai sebelum luput waktu ke

Alhamdulillah. Bagi memudahkan mencari rujukan, kami memetik salah satu syarat Jama' Taqdim dari Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji atau buku terjemahannya berjudul 'Kitab Fikah Mazhab Syafie : Menghuraikan bab bersuci dan solat - 1 yang mudah didapati dikedai-kedai buku dan ia juga merupakan Kitab fiqh syafie didalam bahasa moden :- Didalam syarat yang keempat :-

Ãä íÏæã ÓÝÑå Åáì ÊáÈÓå ÈÇáËÇäíÉ¡ Ãí ÝáÇ íÖÑ Ãä íÕá Åáì ÈáÏå ÃËäÇÁåÇ.
"Permusafirannya berterusan sehinggalah solat yang kedua, maka tidaklah ia memudharatkan ketika sampai ke bandarnya semasa waktu solat tersebut" - [Al-Fiqh Al-Manhaji 1/190].

Penterjemah kitab diatas menambah (tidak terdapat didalam kitab asal) sebagai penjelasan lanjut : "Maksudnya : Sembahyang yang kedua didirikan ketika masih dalam keadaan musafir walaupun ketika samapi di baladnya (pekan) dia masih didalam keadaan bersembahyang". mukasurat 194.

Syarat yang sama juga boleh didapati didalam Kitab Al-Fiqh Al-Islami wa adilatuh - Jilid 2 (kitab arab) muka surat 356 (cetakan ke 3 Dar Al-Fikr) atau kitab terjemahannya 'Fiqh dan perundangan Islam jilid II, terjemahan oleh Md Akhir Haji Yaccob dan lain-lain, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, muka surat : 377.

Kesimpulannya : Solat Jama' Taqdim yang dilakukan tidak terbatal sekiranya tiba di kampung halaman (watan al-asli) atau pun tempat kediaman (watan hakiki) semasa solat tersebut masih belum luput ataupun belum amsuk waktunya. Ini adalah kerana Solat tersebut dilakukan menurut syarat yang diatas semasa seseorang itu didalam keadaan musafir. WA.

wassalam

Rujukan :

1. Dr Mustafa Al-Bugho [dll]. Al-Fiqh Al-Manhaji 'ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie - I. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 190

2. Dr Mustafa Al-Bugho [dll]. Kitab Fikah Mazhab Syafie : Menghuraikan bab bersuci dan solat - 1.terjemahan oleh Ustaz Ridzuan b. Hashim. Kuala Lumpur : Pustaka Salam, 1998.

خيرالأمين