Panel al ahkam yg saya hormati......
saya ada sikit soalan jamak dan qasar......tentang status musafir.....
1.....apa pandangan/pegangan salaf tentang status seseorang samada musafir atau tidak..... sekiranya seseorang telah keluar bekerja, beranak pinak dan menetap terus di tempat lain...kemudian ia balik ke kampung asalnya samada dikampung asalnya masih ada saudara mara/keluarga atau pun tidak.....apakah status mereka semasa di kampung menurut pandangan salaf/ imam yg empat... apakah ada khilaf ...
2.....musafir dari segi uruf...... kalau di tempat kita bagaimana nak diterangkan keadaan ini....apakah apabila kita sudah melepasi daerah maka dari segi uruf nya kita sudah bermusafir.... keadaan bagaimana yg patut kita gunapakai dalam konteks negara kita....
3.....sekiranya keluarga/mak ayah kita telah berpindah secara tetap ke tempat lain ....misalnya dari Kuantan (kampung halaman) ke Kuala Lumpur... kita pula bekerja di Johor... sekiranya kita balik ke kampung asal di Kuantan (ke rumah sedara mara yg lain).... apakah status kita?.... dan sekiranya kita balik ke Kuala Lumpur(rumah keluarga yg baru)... apa pula status kita....adakah di kira bermusafir atau tidak...
4......bagaimana pula sekiranya seorang bapa atau ibu yg pergi berjalan ke rumah anaknya di luar daerah..... misalnya mereka datang dari kampung di Melaka pergi ke Kuala Lumpur...apabila mereka sampai di rumah anak mereka di Kuala Lumpur.... apakah mereka di kira bermusafir......
sekian terima kasih
Jawab
1. Istilah2 safar ini dimulakan oleh Madzhab Hanafi spt Watan Asli (tanah tumpah darah atau kampung kelahiran si fulan); watan alIqamah (tempat bertugas utk tempoh spt 1-2 bulan; kemudian Watan alsukna (tempat menetap kurang dari setengah bulan. Watan isteri atau tempat asal isteri juga adalah watan asli. Ini kerana pertumbuhan Islam dan mobiliti atau perpindahan umat kerana jajahan Islam yg semakin luas. Maka mengikut pendapat madzhab, jika seseorang kembali ke watan asli, maka dia tidak boleh jama' qasar. Pendapat Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim tidak menerima konsep penamaan jenis2 watan ini. Jika seseorang itu sudah berhijrah dan kembali semula ke kampungnya sekali sekala dia dikira musafir, mengambil cth Nabi saw bila dia kembali ke Mekah (watan asli), tapi tetap solat secara musafir. Ini juga pendapat madzhab Daudi atau Zahiri. (majmu Fatawa Syaikhul Islam Jld 24/ms 15, Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad: 1/164)
2. Menurut pengarang Fiqh Sunnah, disyaratkan sudah keluar dari kota (jika mendiami kota) dan sempadan daerah jika mendiami daerah atau kampung jika mendiami kampung. dalilnya Nabi saw memulai solat safar sebaik sahaja melepasi madinah. Dalam uruf kita hari ini kita melepasi Majlis perbandaran. jika menetap di KL, maka kita keluar dari kawasan DBKL.
3. Kuantan itu watan asli (watan hakiki); KL itu watan iqamah (hanafi) dan taraf mastautin bagi Syafi'iyah. Johor adalah watan iqamah dan mastautin. Ketiga-tiga tempat ini tidak dikira safar jika musafir ke situ di sisi madzhab dan masih boleh hukum safar di sisi pandangan Ibn Taymiyah dari tempat yg sudah dianggap tempat tinggal tetapnya.
4. Ibubapa yg bertolak dari kampung halamannya ke rumah anaknya adalah musafir mengikut syarat2 madzhab. jika Syafi'iy, jika mereka ingin menetap melebihi 4 hari 4 malam, maka gugurlah solat safar. mereka dikira bermukim. Jika kurang dari itu, maka status mereka adalah musafir.
sekian
thtl